InvisionFree - Free Forum Hosting
Join the millions that use us for their forum communities. Create your own forum today.

Learn More · Register Now
Welcome to NashaAziz Forum. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 Nasha News Volume 4
syd
Posted: Nov 12 2005, 05:56 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Gosip Kelap-Kelip

Mengkategorikan penerbit filem
BANYAK jenis penerbit filem di Malaysia. Ada penerbit yang lahir dari industri seni. Mereka bermula dari pekerja filem, kemudian pelakon tambahan, naik setakah lagi barangkali sebagai penolong pengarah, terus menjadi pengarah. Dan, jika rezeki melimpah mereka berjaya jadi penerbit.

Ini kategori penerbit filem yang memang faham apa itu filem. Sebab, mereka habiskan sebahagian hidup mereka dengan filem. Contoh terbaik ialah Datuk Yusof Haslam.

Ada satu lagi spesis penerbit. Ini jenis bahaya. Sebab, dia fikir bila dia banyak duit, dia akan berjaya mendominasi industri layar perak. Sebenarnya, jenama ini adalah jenis sampah yang tak bermakna selain mengaut untung dari keringat orang filem.

Jenis yang macam ini selalu menunjukkan kekuasaan dengan wang. Mengancam orang lain dengan wang. Pendek kata berlagak gangster dalam industri ini. Tidak puas dengan cara itu dia akan mempengaruhi penerbit lain untuk bersatu dengannya bagi menjatuhkan penerbit lain yang dianggap mencabarnya.

Cakapnya sentiasa besar. Filem belum masuk panggung, belum dikritik sudah mendabik dada kononnya akan bawa filem itu ke festivaal antarabangsa. Ini publisiti murah, lebih murah dari harga teh tarik.

KK: Nasihatkan penerbit spesis gangster ini supaya selalu tenguk muka dalam dulang yang ada air. Tepuklah air itu.

Betul ke Rashid Sibir hebat?
RASHID Sibir pengarah generasi muda. Dia lahir dari menara gading yang bersejarahkan filem. Bererti dia bukan pengarah yang lahir dari kepompong `mi segera'. Lihat kerja Rashid sama ada telefilem, drama bersiri mahupun filem.

Sebut saja Rashid akan buat drama atau filem, ramai pelakon yang rela tolak tawaran lain. Pelakon tersebut bukan pula kelas ketiga tetapi jenis yang jarang muncul di televisyen. Kelas pertama.

Tengoklah kerja Rashid malam ini dalam Cerekarama TV3, Cik Mala Janda Berhias. Siap sedialah untuk ketawa. Sinemotografinya cantik sebab menjadikan Melaka sebagai lokasi. Lebih cantik watak Cik Mala lakonan Nasha Aziz. Yang jadi tukang sibuk Rosnah Mat Aris, Jalil Hamid, Eizlan Yusof, Norliah Ramli dan Sharifah Shahira.

Telefilem itu macam promosi kepada filem Rashid yang akan ditayangkan. Sekarang ini Rashid sedang bergelora. Filem Laila Isabella yang meletakkan Nasha sebagai teraju akan menemui khalayak. Previu dilakukan Khamis lalu. Itu cabaran yang menyeramkan.

Baguskah arahan Rashid kali ini? Apakah anugerah Pengarah Harapan yang didukung melalui filem Sutera Putih itu memberi motivasi?

Nah, kita tunggu tindak balas Rashid. Andai kata Laila Isabella meletup, apakah dia akan jadi seperti pengarah lain yang mengejar kuantiti.

KK: Terasa macam salah seorang pelakon Cik Mala Janda Berhias. Bagus cerita tu, Sid


08/03/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 05:59 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Laila Isabella - Rashid utamakan ketelitian

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

FILEM Laila Isabella meneruskan kecemerlangan Rashid Sibir sebagai sutradara yang memahami selera penonton. Dalam masa yang sama dia tidak berkompromi dengan kualiti.

Filem lakonan Rosyam Nor dan Nasha Aziz adalah menjadi kesinambungan kepada karya hebatnya sebelum ini seperti Pengantin Popular, Hanya Dikau, Cinta Di Akhir Garisan, Dian, Pondok Buruk, Bertaut Di Jabbal Ramah dan Cik Mala Janda Berhias.

Laila Isabella filem ringan, tetapi hasil sentuhan pengarah lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini menjadikan ia berbeza berbanding filem lain. Rashid meletakkan faktor kebijaksanaan dan ketelitian melebihi unsur lain dalam filem kedua arahannya ini.

Secara tidak langsung filem terbitan Tayangan Unggul ini tidak tersasar daripada matlamat sebenar sebuah filem, sebagai medium hiburan dan penghantar mesej kepada masyarakat.

Laila Isabella akan menemui penonton di pawagam 27 Mac ini dan merupakan filem keempat terbitan Tayangan Unggul.

Rashid mengotakan kata-katanya untuk memberikan sentuhan istimewa kepada setiap babak dalam filem ini.

``Saya memberi tumpuan terhadap setiap sudut kamera. Saya pastikan setiap subjek yang muncul dalam sesuatu babak dapat mencantikkan filem ini,'' katanya selepas previu filem tersebut di GSC, Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak bergantung kepada penyanyi popular sebaliknya bersandarkan kepada kekuatan pelakon, Rashid berjaya meletakkan filem ini sebagai filem popular.

``Saya ambil pelakon-pelakon yang sudah biasa bekerja dengan saya sebelum ini. Hasilnya cukup membanggakan. Mereka memberikan sesuatu yang lebih daripada jangkaan saya,'' katanya memuji tenaga-tenaga lakonan filem berkenaan.

Turut memberikan lakonan berkesan dalam filem ini ialah Saiful Apek, Syanie, Erma Fatima, Hans Isaac, Azean Irdawaty dan Yusni Jaafar.

Bercakap tentang Rosyam dan Nasha, menurut Rashid beliau amat percaya pasangan ini akan meneruskan kecemerlangan pasangan pelakon filem zaman lampau seperti P. Ramlee dan Saadiah serta Sarimah dan Ahmad Mahmud.

Pengarah ini juga kelihatan berani apabila mencuba pengarah dan pelakon handalan, Erma Fatima memegang watak yang cukup berbeza, Kak Bell yang kepoh dan kecoh.

Sesuatu yang perlu dipuji dalam filem ini juga apabila pengarahnya mengambil inisiatif untuk mengangkat seorang seniman negara, Tan Sri S.M. Salim dalam kemunculan is timewa.

Meskipun dalam hanya dua babak, kemunculan S.M. Salim memberi impak yang besar terutamanya kepada peminat dan pengagum penyanyi veteran berkenaan.

Rashid berkata, beliau menampilkan S.M. Salim sebagai tribute daripada karyawan generasi baru kepada seorang seniman yang telah sekian banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negaranya.

``Sekarang adalah masa untuk kita pula memberi `sesuatu' kepada beliau.

``SM Salim tidak mahu terlibat dalam filem ini pada awalnya, tetapi kemudiannya setelah mengetahui hasrat sebenar kami, dia tidak menolak,'' katanya.

Olahan muzik oleh Julfekar dalam Laila Isabella juga banyak membantu memberi mood terbaik untuk filem ini.

Malah, muzik yang dipersembahkan merupakan antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam filem-filem tempatan.

Dua lagu baru dalam filem ini disampaikan oleh bakat baru, Azharina Azhar berjudul Seandainya dan Teman Yang Ku Cari.

Menariknya juga, filem ini buat pertama kalinya menampilkan penyanyi paling popular, Siti Nurhaliza ke dunia filem melalui lagu Untuk Selamanya.

Laila Isabella turut diselitkan dengan lagu nyanyian Allahyarham Sudirman, Nilai Cintamu serta selingan muzik lagu Ayah Dan Ibu.

10/03/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:03 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Suara Emas berhibur sambil berderma

SUARA Emas Malam Amal BML untuk Majlis Kanser Negara (Makna) adalah antara usaha syarikat produk kecantikan Excellent Combination Sdn. Bhd. yang menghasilkan Nouveaux Visages menggalakkan aktiviti amal.

Majlis amal itu akan diadakan pada 4 April depan mulai pukul 7.30 malam di Mahkota Ballroom Hotel Istana.

Ia diadakan bertujuan mengutip derma untuk tabung Makna yang sentiasa memerlukan bantuan mereka yang prihatin.

Apa yang disajikan pada majlis itu bukan sekadar hidangan makan malam tetapi juga pelbagai program termasuk persembahan nyanyian daripada artis tempatan, pertunjukan fesyen dan cabutan bertuah.

Ia memang lebih menghiburkan kerana di samping berderma mereka yang terbabit tetap boleh berhibur.

Antara artis yang akan mengadakan persembahan pada malam itu juga tidak kurang hebatnya seperti M. Nasir, Zainal Abidin, Ella, Ning Baizura, Liza Hanim dan Fauziah Latiff.

Pereka fesyen tempatan yang akan mengambil bahagian pula terdiri daripada Bernard Chandran, Bill Keith, Michael Ong, Saiful, Khoon Hooi, Andrew Gan, Alvin Tang dan Albert King.

Apa yang menarik koleksi terbaru mereka itu akan diperagakan oleh celebrity terkenal seperti Sofia Jane, Nisdawati, Normala Samsudin, Nasha Aziz, Umie Aida, Soong Ai Ling, Erma Fatima dan Raja Azura. Ia tentu menarik hati apatah lagi koleksi yang dipamerkan adalah yang terkini daripada pereka terbabit.

Bukan itu saja, menyaksikan para celebrity itu memperagakan pakaian itu tentu lebih istimewa. Program pada malam itu akan diacarakan oleh Sharifah Shawati.

Menurut pengasas BML, Dr. Becky M. Leogardo, majlis itu adalah antara sumbangan kecil mereka untuk pihak yang memerlukan.

Ia bagaimanapun tidak akan dapat dijayakan tanpa sokongan setiap artis, celebrity mahupun penaja majlis itu.

``Sokongan mereka menjelaskan betapa prihatinnya masyarakat kita terhadap mereka yang tidak bernasib baik. Kami berharap akan lebih banyak individu hadir ke majlis itu untuk memberi sumbangan,'' kata Dr. Becky.

Tiket untuk ke majlis itu dijual pada harga RM150 setiap satu. Bukan itu saja para jemputan juga akan berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa barang kemas bernilai RM200,000 sumbangan Elegance Club.

Dr. Becky sendiri menunjukkan inisiatif mereka lilin hiasan yang akan turut dijual pada malam itu. Wang jualan juga akan disalurkan ke tabung derma Makna.

Mereka yang berminat untuk menderma dan berhibur itu bolehlah menghubungi talian 03-21666855 (enam talian) untuk keterangan lanjut.

- Ihsan: Excellent Combination Sdn. Bhd.


23/03/2003

Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:12 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Oh, Laila - Mengapa kau, siapa kau?

JUDUL: Laila Isabella
ARAHAN: Rashid Sibir
LAKON LAYAR: Rashid Sibir
PELAKON: Rosyam Nor, Nasha Aziz, Hans Isaac, Erma Fatima, Saiful, Syanie, Liza Hanim, Azean Irdawaty, Yusni Jaafar, dll.

Judul filem ini memang kedengaran menarik. Bukan sahaja ia adalah nama wanita yang cantik dan romantis, tetapi judul begini mengingatkan kita kepada beberapa drama dari Amerika Latin yang cukup popular di kalangan penonton televisyen kita.

Judul filem yang memikat, tidak dinafikan memainkan peranan yang penting untuk menarik orang ramai menonton sesebuah filem. Ini kerana judul filem memberikan gambaran awal tentang cerita yang bakal mereka tonton. Jadi saya antara yang tertarik untuk menonton filem ini kerana judulnya.

Laila (Nasha Aziz) yang menjadi judul filem ini bukanlah gadis asal Sepanyol atau dari Amerika Latin seperti mana bunyi judul filem ini Laila Isabella. Laila adalah gadis manis yang bekerja di sebuah kedai menjual video dan selalunya datang bekerja dengan menunggang skuter.

Laila diperlihatkan sebagai bukan gadis manja, perilakunya bebas (menunggang motosikal memberikan gambaran ini) dan pergaulannya luas. Bagaimana pun, Laila mempunyai hubungan baik dengan seorang lagi pekerja di kedai menjual video iaitu Azam (Rosyam Nor), tetapi di peringkat awal, hubungan itu hanyalah dalam bentuk teman sekerja yang saling bersenda dan dalam hubungan yang lebih santai dan terbuka. Hubungan itu mulai berubah bentuk setelah mereka melalui beberapa insiden, tetapi sebelum hubungan itu menjadi hubungan kasih yang nyata Johan (Hans Isaac) muncul cuba memikat Laila.

Filem ini dimulai dengan adegan mimpi yang agak panjang, montaj pertarungan antara Laila dan Azam dalam kostum pendekar Cina dan kemudian bertukar kepada kostum Melayu sebelum muncul unsur seram. Apakah relevannya adegan mimpi ini dengan naratif seterusnya? Adegan pembukaan adalah pengenalan kepada keseluruhan naratif.

Pertarungan


Apabila filem ini dibuka dengan adegan pertarungan demi pertarungan dan kemudian adegan seram, maka penonton telah diajukan idea awal bentuk hubungan antara Laila dan Azam, yang mungkin mempunyai bentuk hubungan benci dan bertentangan antara mereka. Tetapi sebaliknya dalam adegan selanjutnya memperlihatkan hubungan baik dan mesra antara Laila dan Azam dalam adegan yang panjang semasa mereka berkelah di kawasan air terjun.

Konflik memang terjadi antara Laila dan Azam. Ketegangan berlaku kerana keceluparan mulut Azam yang menyebabkan Laila berasa tersinggung lalu membawa diri ke kampung, tetapi mengapa Azam tiba-tiba bertindak selancang itu mulutnya tidak dijelaskan. Dan juga kemudiannya kerana kemunculan Johan pada ketika hubungan Laila dan Azam mulai mesra kelihatan akan menggugat perhubungan tersebut. Tetapi kerana itu juga Laila mengetahui latar keluarga sebenar Azam yang menyebabkan dia berasa tertipu.

Bagaimanapun, semua persoalan dan konflik kecil ini tidak menyeret mereka menuju ke satu konflik yang lebih kuat dan kemudiannya persoalan tersebut dengan mudah diselesaikan.

Persoalan dalam Laila Isabella adalah kisah lazim dalam filem-filem tempatan. Kisah romantis dengan selitan komidi dan kisah cinta tiga segi. Sungguhpun ia kisah yang dikira konvensional, tetapi jika struktur naratifnya diolah dengan baik ia masih boleh menjadi filem yang baik. Jika struktur dan olahannya lemah, hasilnya akan memeningkan dan membosankan penonton.

Penonton jadi bosan dengan percubaan menimbulkan unsur komidi fizikal dalam hubungan perasaannya kepada Laila? Barangkali usaha merahsiakan latar keluarga Azam ini adalah usaha pengarah antara Harun (Saiful dari kumpulan Senario) yang kurus dengan Eton (Syanie) yang bertubuh besar yang digambarkan mempunyai hubungan yang bahagia. Biarpun mampu menimbulkan sedikit kelucuan tetapi pendekatannya kelihatan menghina.

Pertanyaan


Malah, hubungan Laila dan Azam yang menjadi fokus utama filem ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak pertanyaan. Latar antara kedua watak ini yang tidak jelas memberikan kesan kepada perkembangan plot filem ini. Adakah Azam pemilik kedai video itu atau mereka berdua hanya pekerja biasa? Bagaimanakah setelah sekian lama bekerja di tempat yang sama dan di sebalik sikap saling memahami antara mereka, Laila masih tidak mengenali siapa sebenarnya Azam.

Juga setelah ditunjukkan kemesraan semasa perkelahan, masih tidak mengetahui perasaan masing-masing atau Azam tidak dapat menyatakan untuk mewujudkan kesan kejutan di babak akhir filem ini. Tetapi pendekatan seperti ini yang sudah begitu lazim dalam filem tempatan dan dalam filem-filem Hindi, serta kelemahan olahan struktur naratifnya, gagal menunjukkan kesannya. Apatah lagi usaha ini tidak diberikan establishment dan tidak jelas motifnya. Apa salahnya jika benar ditunjukkan latar sebenar keluarga Azam dan dilema yang dihadapinya?

Malah latar watak Laila juga tidak jelas. Pada keadaan yang tertentu dia ditunjukkan seorang yang bebas dan mempunyai pendirian yang kuat, tetapi dalam adegan yang lain dia ditunjukkan dengan lemah mudah mengikut Johan, sanggup menyamar untuk menghadiri majlis hari lahir ibu Johan dan kemudian merasa terkejut apabila mengetahui siapa sebenarnya Johan dan Azam.

Sebuah komidi romantis seperti Laila Isabella selain memerlukan struktur naratif yang baik, ia juga dilengkapkan dengan aspek fotografi dan muzik yang baik. Ia tidak boleh bergantung pada keindahan judulnya sahaja.


31/03/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:22 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Beri peluang Nasha

Bersama Dean
JELITA, bertubuh tinggi lampai dan popular - karakter yang dimiliki artis terkenal, Nasha Aziz dicemburui banyak pihak. Sebilangan besar remaja wanita bercita-cita mahu menjadi seperti Nasha Aziz.

Berbual dengan pelakon yang kini cukup popular menerusi filem Laila Isabella menyeronokkan.

Beliau begitu fokus dan cukup berhati-hati kala melontarkan jawapan. Daya ingatannya cukup tinggi. Ketika menemu bualnya baru-baru ini, beliau boleh mengingatkan kembali kepada saya laporan mengenainya yang pernah saya tulis hujung tahun lalu.

Menarik bukan karakternya?

Saya memilih Nasha mengisi ruangan ini kerana saya mendapati beliau semakin menjadi rebutan pengarah dan penerbit filem. Selepas filem Laila Isabella yang kini sedang ditayangkan di pawagam, beberapa buah filem lakonan beliau yang lain juga sudah selesai menjalani penggambaran. Antaranya, Trauma dan Buli.

Dalam perbualan, selain menyentuh soal kerjaya Nasha juga mendedahkan kebimbangannya mengenai nasib pelakon lain, bercerita, pendekatan yang diambilnya semasa berhadapan dengan masalah serta hal-hal lain yang menyentuh kehidupan peribadinya.

DEAN: Nampaknya, Nasha semakin laku semenjak kebelakangan ini?

NASHA: Syukur alhamdulillah. Semua ini adalah rezeki daripada-Nya. Pada masa yang sama saya amat gembira kerana mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit filem. Bagaimanapun, jauh di sudut hati terasa sedikit kebimbangan apa pula kata pelakon-pelakon lain.

Kenapa Nasha beranggapan sedemikian?

Saya bimbang nanti ada orang beranggapan saya tamak mengejar peluang. Sebetulnya, keadaan itu tidak berlaku. Saya hanya memenuhi undangan dan tawaran berlakon. Jauh di sudut hati, saya juga seboleh-bolehnya mahu berlaku adil dan memberi peluang kepada teman pelakon yang lain mendapat peluang yang sama rata.

Bukankah `kuasa' memilih pelakon terletak di tangan pengarah dan penerbit?

Benar. Justeru, saya mengharapkan pengarah dan penerbit lebih terbuka dan memberi peluang yang sama rata kepada semua pelakon. Saya sendiri tidak suka melihat pengarah dan penerbit hanya fokus kepada seseorang pelakon semata-mata.

Penerbit khususnya harus lebih terbuka untuk menerima kehadiran pelakon-pelakon lain dalam setiap produksi mereka.

Benarkah Nasha akan meninggalkan dunia modeling kerana Nasha dilihat begitu aktif sekali berlakon?

Pada masa ini saya bercuti seketika dari dunia modeling kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Insya-Allah, apabila sampai waktunya saya akan kembali aktif seperti sebelum ini.

Ramai wanita mahu menjadi jelita seperti Nasha? Apa komen Nasha?

Untuk menjadi sepenuhnya seperti saya sesuatu yang mustahil kerana apa yang ada pada saya semuanya merupakan kurniaan Tuhan. Bagaimanapun, apa yang boleh saya cadangkan ialah setiap manusia harus mencintai diri mereka. Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Sentiasa fikirkan yang positif tentang hidup.

Sekali lagi ingin saya tegaskan, kalau ada yang berkata ingin untuk menjadi cantik seperti saya itu saya tidak mampu untuk menolong kerana semuanya bukan kehendak saya tetapi ia adalah kurniaan yang berharga daripada Yang Maha Esa.

Apa yang ingin Nasha katakan kepada mereka yang beranggapan Nasha ada melakukan pembedahan plastik ke atas wajah dan tubuh Nasha?

Nasihat saya kepada mereka cubalah buat kajian dan tengoklah pada setiap inci wajah dan tubuh saya sama ada saya ada melakukan pembedahan plastik atau tidak.

Mungkin Nasha boleh berkongsi rahsia mengekalkan tubuh badan yang cantik?

Setiap hari saya akan meluangkan masa untuk melakukan senaman aerobik di rumah selama dua jam.

Apakah tumpuan yang Nasha berikan untuk mengekalkan kehidupan positif?

Saya sentiasa memberi penekanan kepada empat aspek kesihatan iaitu kesihatan mental, fizikal, emosi dan sosial. Penekanan kepada empat aspek kesihatan ini banyak memberi kesejahteraan dalam kehidupan saya.

Bagaimana dengan disiplin diri Nasha?

Saya percaya untuk mengekalkan kedudukan dalam dunia hiburan saya perlu mengawal diri saya agar jangan terlalu terpengaruh dengan kehidupan sosial.

Saya bekerja keras untuk diri saya. Justeru, saya perhatikan andai saya tidak mengawal keadaan dan tidak memberi tumpuan kepada soal disiplin diri, lambat laun ia akan memakan diri saya.

Andai dibelenggu masalah, apa yang Nasha lakukan?

Kebiasaannya, apabila ada masalah saya akan menjauhkan diri dan cuba bersendirian. Saya lebih selesa untuk menyelesaikan masalah sendirian sedikit demi sedikit tanpa menyusahkan orang lain.


06/04/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:24 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Laila Isabella hampiri RM2 juta

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

DALAM tempoh lima hari tayangan di pawagam, filem Laila Isabella arahan Rashid Sibir telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM1 juta. Minggu ini filem tersebut sudah mencecah RM1.7 juta.

Filem yang menampilkan pelakon Nasha Aziz sebagai Laila dan Isabella itu ternyata menarik perhatian penonton sebagai salah satu saluran untuk hiburan.

Laila Isabella yang turut menonjolkan Rosyam Nor sebagai pelakon utama itu tidak akan berjaya sekiranya resipi Rashid tidak menepati cita rasa penonton masa kini.

Menurut Rashid, filem keduanya itu berjaya mencuri perhatian peminat seni tempatan kerana ia merupakan filem romantik komedi yang relevan dengan manusia sejagat.

``Apa yang saya paparkan dalam Laila Isabella sebenarnya bukanlah imaginasi semata-mata. Ia adalah adunan realiti dan sedikit fantasi untuk menampakkan cerita itu menarik.

``Walaupun ada yang mengkritik namun saya tetap cekal kerana sesebuah filem tidak akan mampu menarik khalayak ke pawagam jika tidak memberi `sesuatu' kepada penonton. Setakat ini saya merasa besar hati kerana orang ramai memberi reaksi yang baik,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem yang sedang rancak ditayang di pawagam di seluruh negara itu dijangka akan berjaya mengumpul kutipan yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat ini.

Tegasnya, selain dari garapan cerita yang menarik hasil kerja pelakon juga membantu menjadikan sesebuah filem berjaya.

Justeru itulah beliau lebih senang memilih pelakon yang sudah biasa bekerjasama dengannya seperti Rosyam dan Nasha.

Kedua-dua pelakon itu sering ditonjolkan oleh Rashid di dalam telefilem arahannya sebelum ini. Namun, penampilan mereka sering berbeza dari semasa ke semasa.

``Mungkin orang sering melihat hero dan heroin Laila Isabella di dalam drama tetapi di dalam filem ini penampilan mereka amat berbeza,'' jelas Rashid yang bakal mengarah filem Castello, Julai ini terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Rashid juga berkata bersedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat perfileman yang berminat dengan kerjanya. Ini bagi menolak tanggapan bahawa beliau hanya terikat dengan syarikat milik Rosyam.

``Sebagai pengarah bebas, saya bersedia bekerjasama dengan mana-mana penerbit.

``Pada saya apa yang penting adalah skrip yang diserah kepada saya menarik dan menjadi tugas saya untuk memastikan cerita tersebut menarik perhatian penonton,'' katanya.


14/04/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:28 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Permata - Bergemerlapan di London

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

SETIAP wanita normal pasti menyukai perhiasan barang-barang kemas sama ada emas, berlian, mutiara dan sebagainya. Sebagaimana dapat berpakaian cantik, barang kemas turut menjadikan mereka merasa bangga serta yakin dengan penampilan diri.

Menyokong majlis amal A Woman's Call, pengeluar barang-barang kemas bertaraf dunia dari Malaysia, The Diamond House telah dijemput khas untuk mempamerkan koleksi terbarunya.

Bertempat di Fusion Lounge The Collection di Chelsea, London majlis tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi memberi perlindungan kepada mereka yang tidak mempunyai rumah.

Sebagai satu-satunya pengeluar barang kemas yang dijemput untuk mengadakan pertunjukan, The Diamond House telah mengambil kesempatan itu untuk melancarkan himpunan terbaru Koleksi Musim Panas/Bunga 2004.

Dengan rekaan kontemporari bagi memenuhi cita rasa wanita moden hari ini, koleksi ini memberi tumpuan kepada warna merah jambu dan coklat.

Tidak ketinggalan, rekaan halus The Diamond House turut menampilkan Zamrud Colombia, Nilam Biru Kashmir, mutiara laut selatan dan berlian yang berkilauan.

Mengiktiraf kehebatan negara, The Diamond House menerbangkan model dan pelakon terkenal Malaysia, Nasha Aziz khas untuk memulakan peragaan pada majlis tersebut.

Pertunjukan itu turut dijayakan oleh Pengarah Sosial Harpers & Queens, Henrietta Dups, Heather Bird, Cindy Jackson, Denise Hewwit, Alyssa Sherman, Aret Boulaye, Jade Farmiloe dan bekas Miss


14/06/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:31 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Nasha Aziz - Ratu Filem baru?

ADA berpendapat setelah Eera Fazira melangkah ke gerbang perkahwinan, gelaran Ratu Filem Melayu yang dipegangnya akan turut lenyap.

Senario sebegitu boleh dikatakan lumrah dalam industri perfileman tanah air terutamanya apabila pelakon wanita mengakhiri zaman solo. Maka, tentu ada ratu baru yang akan muncul menggantikannya.

Calon terbaru yang dikatakan bakal mengambil alih tempat isteri Yusry Halim dari Kumpulan KRU itu ialah Nasha Aziz.

Tahun ini saja Nasha sudah menyiapkan filem Trauma arahan Aziz M. Osman, Buli arahan Afdlin Shauki dan sedang menjalani penggambaran filem arahan Rashid Sibir, Cinta Luar Biasa.

Bagaimanapun, pelakon yang mendapat pujian hebat melalui lakonan telefilem Cik Mala Janda Berhias itu tidak percaya pada `sistem pengganti' yang sering diperkatakan dalam industri seni. Baginya bakat adalah faktor utama bagi menilai kreadibiliti seseorang pelakon.

``Bagi saya tidak timbul soal siapa menggantikan siapa. Tidak wujud juga persoalan siapa ratu dan siapa yang bukan ratu.

``Dalam industri hiburan kebolehan dan komitmen memainkan peranan yang lebih utama jika dibandingkan gelaran. Jika seseorang itu mempunyai bakat yang bagus biar apa status yang dipegang, mereka tetap dipuja,'' katanya dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan nada yang profesional dan tidak mahu menyinggung mana-mana pihak Nasha menolak dakwaan atau pemberian gelaran ratu itu kepadanya. Dia juga berharap gelaran itu tiada kaitan dengan jumlah filem yang dibintanginya sepanjang tahun ini.

``Saya bukan pengganti Eera. Ia sesuatu yang tidak logik. Setiap orang ada mempunyai cara tersendiri untuk membina imej mereka. Pembinaan imej inilah yang akan mewujudkan perbezaan.

``Tidak elok membandingkan seseorang itu dengan individu lain. Terpulang kepada artis itu sendiri sama ada dia akan terus aktif selepas berumah tangga atau sebaliknya,'' tegas Nasha.

Menyentuh mengenai projek terbarunya bersama Rashid Sibir bagi filem Cinta Luar Biasa, Nasha menghadapi kesukaran untuk menolak tawaran pengarah muda itu. Ini kerana Rashid adalah kawan baik yang banyak membimbingnya dalam dunia lakonan. Watak yang diberikan kepadanya dalam filem berbentuk komedi itu juga menarik dan sesuai dengan jiwanya.

Cinta Luar Biasa adalah filem kedua arahan Rashid selepas Laila Isabella yang turut menampilkan Nasha sebagai heroin. Kedua-dua filem itu diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Jika dalam Laila Isabella Nasha berpasangan dengan Rosyam Nor tetapi kali ini dia dipasangkan dengan Saiful Apek. Sebagai pelakon Nasha tidak memilih pasangannya kerana itu bukan bidang kuasanya. Malah dia yakin dengan pilihan pengarah filem itu yang meletakkan Saiful di sisinya.

``Biar siapa pun pasangan lakon, saya harus memberikan persembahan yang terbaik kerana berlakon adalah pekerjaan saya,'' jelasnya yang memegang watak Farah iaitu watak yang berbeza berbanding watak sebelum ini. Farah adalah seorang jurugambar yang sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk bercinta.

Menurut Nasha, Cinta Luar Biasa lebih banyak menekankan kepada persahabatan Farah, Usin, Hamidah dan Adam yang bertemu semula selepas 10 tahun menamatkan pengajian di universiti.

``Selalunya kita fikir kita memahami isi hati kawan-kawan tetapi hakikatnya tidak begitu. Inilah persoalan yang ditonjolkan dalam Cinta Luar Biasa.

``Walaupun ia romantik komedi tetapi kita disajikan dengan erti persahabatan yang sebenarnya,'' tambah Nasha yang akan menjalani penggambaran selama 48 hari di beberapa tempat sekitar Pulau Langkawi dan ibu kota.

Meskipun Nasha sibuk dengan lakonan, dia tetap meneruskan kerjaya modeling dan dunia yang berkaitan dengan kecantikan.

Baru-baru ini Nasha telah dipilih mewakili Malaysia mengadakan pertunjukan di London.

``Saya tidak pernah terfikir untuk mengundurkan diri dari modeling. Selagi orang memerlukan, saya akan terus memberi kerjasama kepada mereka. Sesungguhnya saya amat suka bidang berkaitan kecantikan dan wanita,'' katanya sambil tersenyum.


05/07/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:33 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Anugerah fesyen bintang hiburan

Oleh Jamliah Abdullah

SESUATU yang menarik dalam dunia fesyen tempatan hari ini adalah ia semakin dihargai ramai. Mungkin kerana ramai sudah memahami pengaruh dunia fesyen dan bagaimana hubungannya dengan industri glamor lain terutama dunia hiburan.

Andai di Barat termasuk New York dan Milan sudah lama dilahirkan majlis anugerah khas untuk pereka, negara kita pula baru berjinak-jinak dalam menganjurkan majlis seperti itu.

Sesuatu yang menarik ia dimulakan oleh pertubuhan sukarela seperti Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia.

Pertubuhan yang dikendalikan oleh kelompok celebrity tempatan itu akan menganjurkan malam Fashion Showbiz Gala Award (Star Tribute To Fashion) pada 28 Disember depan.

Apa yang lebih istimewa tentang malam anugerah tersebut adalah ia diadakan khas untuk tujuan kebajikan iaitu bagi mengisi tabung yayasan itu.

Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia yang baru berusia 12 bulan itu adalah pertubuhan mengusahakan rumah kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Taman Melawati, Selangor.

Pertubuhan yang diinspirasi oleh penerbit dan pengarah, Erma Fatima merangkap presiden dan dianggotai secara sukarela oleh banyak celebrity sebelum ini menganjurkan pelbagai aktiviti kebajikan.

Malam Fashion Showbiz Gala itu adalah program terbesar dan terbaru mereka untuk terus menghidupkan yayasan tersebut yang sehingga ini menjadi tempat berteduh lebih 13 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Motif utama adalah untuk mengutip derma bagi tabung pendidikan kanak-kanak tersebut. ``Walaupun cuma pertubuhan sukarela kami berhasrat untuk memberikan yang terbaik bagi kanak-kanak tersebut. Itu termasuk soal pendidikan mereka.

``Apa yang diharapkan daripada wang yang berjaya dikutip daripada majlis tersebut dapat menjayakan rancangan tersebut,'' komen Sofia Jane selaku timbalan presiden yayasan itu.

Kata Sofia, mereka memilih majlis anugerah seperti itu kerana menyedari fesyen adalah saluran yang cukup baik untuk berbuat demikian.

``Apabila kita ingin menganjurkan sesuatu projek itu tentunya kita perlu meyakinkan pihak penaja bahawa idea itu adalah yang terbaik,'' katanya. Untuk projek kebajikan tersebut yayasan itu akan bekerjasama dengan Hotel Park Royal Kuala Lumpur yang menjanjikan lokasi terbaik anugerah yang gemilang itu.

Majlis tersebut antaranya akan memberi penghormatan kepada mereka yang berjasa dalam bidang fesyen dan hiburan.

Lebih enam kategori anugerah akan disediakan termasuk Malaysia Designer Award, Young Fashion Award, Model of the Year Award, New Look of the Year dan Red Carpet Award.

Malaysia Designer Award akan diberikan kepada pereka fesyen yang paling cemerlang sepanjang tahun, sementara Young Fashion Award pula untuk pereka muda yang berbakat.

Majlis turut menyediakan anugerah untuk model yang paling menyerlah bagi kategori Model of the Year.

Tidak ketinggalan adalah anugerah untuk celebrity popular. Setiap kategori akan diadili oleh juri yang terdiri daripada pereka terkenal dan celebrity.

Malam Fashion Showbiz Gala itu dijadualkan akan dihadiri oleh 30 pereka tempatan, 50 celebrity dan 30 model terkenal negara.

Antara pereka yang mengambil bahagian di karpet merah adalah Rizalman, Bill Keith, Eric Choong, Saiful, Bernard Chandran (selaku jurucakap majlis) dan Melinda Looi.

Celebrity seperti Ning Baizura, Elaine Daly, Normala Samsuddin, Deanna Yusof, Erra Fazira, Rosyam Noor, Nasha Aziz dan Ella adalah antara yang sudah memberi kesudian untuk turut serta dalam majlis amal itu.

Apa pun pihak penganjur dan penaja berjanji yang terbaik untuk menjayakan majlis anugerah fesyen yang julung-julung kali diadakan itu. ``Kiranya berjaya kami berharap ia dapat dijadikan acara tahunan,'' kata Sofia lagi di majlis pelancaran logo majlis tersebut di Park Royal baru-baru ini.

Ia memang kolaborasi yang serasi antara dua industri glamor tersebut namun apa yang unik ia bersifat majlis amal.

Untuk tujuan yang sama Sofia menggesa agar lebih banyak pihak penaja tampil untuk turut serta.

``Ramai yang tidak menyedari kelahiran yayasan ini kerana ia bergerak secara senyap tetapi dengan adanya acara seperti itu profil yayasan akan lebih tinggi dan ramai yang akan sudi menghulurkan bantuan,'' kata Sofia.

Tambah Sofia, yayasan tersebut sememangnya memerlukan lebih banyak peruntukan untuk menampung lebih ramai penghuni.

``Ia memang memerlukan kerja keras tetapi yayasan akan memastikan setiap wang yang berjaya dikumpul akan memberi kehidupan yang lebih baik untuk kanak-kanak tersebut,'' janji Sofia.


03/08/2003
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 06:34 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Celebrity jayakan Fashion Showbiz

Oleh Jamliah Abdullah


Fashion Showbiz Gala Award Night bakal menutup tirai dunia fesyen dan hiburan pada 2003 dengan penuh bergaya sekali. Pada majlis tersebut buat pertama kalinya dalam dunia glamor tersebut akan berhimpun 50 celebrity, 30 pereka fesyen dan 30 model terkenal tempatan.

Bagi majlis anugerah seperti itu mata pasti akan tertumpu ke karpet merah kerana di situ celebrity terbabit akan menggayakan ilham terkini pereka terkenal tanah air.

Banyak celebrity popular bakal hadir pada majlis tersebut. Itu termasuk Syafinaz, Sharifah Haslinda dan Saheera, Dayang Nurfaizah, Elaine Daly dan pengacara Astro, Catriana.

Sementara pereka yang bakal mengambil bahagian adalah Salikin Sidek, Sayfol, Slash, Adnan Hassan, Wan Huzairi, Dino, Ismail Hassan, Jasmi dan banyak lagi.

Apa yang bakal digayakan oleh celebrity tersebut pada karpet merah itu, ia masih rahsia sehingga saat ini.

Namun apa yang pasti setiap daripada mereka sudah memiliki keinginan tersendiri untuk kelihatan menawan pada malam itu.

Bagi penyanyi Syafinaz yang sudah memilih pereka baru, Slash atau Saiful untuk mereka pakaiannya pada hari itu dia memilih untuk kelihatan sensasi dan elegan.

Slash menjadi pilihannya, kata Syafinaz, kerana dia selesa bekerjasama dengan pereka tersebut.

``Sudah ada apa dalam fikiran saya gaya apa yang saya inginkan pada malam itu,'' katanya. Ia adalah kali kedua Syafinaz berpeluang menjadi model seperti itu. Dia pernah berbuat demikian pada majlis Sepetang Bersama Bintang sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2003 awal bulan lalu.

Sementara pengacara Wayang Kita, Catriana pula ingin tampil dengan gaya berbeza.

``Saya ingin kelainan. Saya berharap pada hari itu apabila peminat melihat saya mereka akan tertanya, betulkah itu Cat?

``Saya memang gemarkan stail yang rugged tetapi elegan kerana ia sesuai dengan jiwa muda saya,'' katanya yang berharap untuk berganding dengan pereka muda berbakat, Adnan Hassan pada majlis tersebut.

Artis tersebut cuma sebahagian kecil daripada celebrity yang bakal menjayakan Fashion Showbiz Gala Award Night itu.

Ramai celebrity lain yang terdiri daripada Juliana Banos, Normala Samsudin, Nasha Aziz, Janet Khoo, Azhar Sulaiman, Maria Farida, Sharifah Shawati, Vanida Imran, Umie Aida, Rita Rudiani, Annahita Bakaboli, Fasha Sandha dan Zahnita dijadualkan bakal menjejaki karpet merah majlis tersebut.

Seperti celebrity, pereka yang terbabit turut melahirkan keinginan mereka untuk memberikan komitmen terbaik kepada tugasan tersebut kelak.

``Ia adalah satu cabaran untuk kami untuk memberikan gaya kepada celebrity tersebut yang kebanyakannya bukan terdiri daripada model profesional yang tidak asas dalam catwalk,'' kata pereka busana kontemporari terkenal, Salikin.

Tugasan mungkin cukup mudah untuk pereka Sayfol yang memilih aktres dan model terkenal kegemarannya, Nasha sebagai model.

Apa pun, kata Sayfol, dia akan cuba mereka busana yang paling menawan untuk Nasha pada petang itu.

``Memandangkan majlis itu akan berlangsung pada hujung tahun saya akan mereka satu trend yang bakal meletup pada 2004.

``Ia adalah sesuatu yang futuristik iaitu warna-warna neon memainkan peranan,'' katanya yang akan turut mereka pakaian untuk pengacara sensasi, Azwan Ali.

Menyentuh tentang anugerah Malaysian Fashion Designer of the Year iaitu salah satu kategori yang dimasukkan dalam majlis anugerah tersebut kata Sayfol, dia seperti pereka lain berharap untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

``Pengiktirafan seperti itu memang sudah lama kami nanti-nantikan,'' katanya turut menyokong agar anugerah seperti itu dijadikan acara tahunan.

Malam Fashion Showbiz Gala Award yang bertemakan Star Tribute To Fashion itu dianjurkan oleh Yayasan Seni Karya Prihatin dengan kerjasama Hotel Park Royal Kuala Lumpur.

Apa yang menarik majlis itu diadakan untuk tujuan amal itu mengutip derma bagi tabung kebajikan rumah kebajikan Yayasan terbabit.

Selain daripada anugerah Malaysian Fashion Design, majlis tersebut turut menampilkan anugerah daripada kategori Young Designer of the Year, Most Fashionable Celebrity of the Year, Model of the Year, New Look of the Year dan Anugerah Red Carpet.


31/08/2003
Top
fanlin1r
Posted: May 18 2009, 01:43 PM


Newbie


Group: Members
Posts: 5
Member No.: 596
Joined: 18-May 09



I believe listening is powerful Medicine.

Studies have shown it takes a physician about 18 seconds to interrupt a patient after he begins talking.

It was Sunday. I had one last patient to see. I approached her room in a hurry and stood at the doorway. She was an older woman, sitting at the edge of the bed, struggling to put socks on her swollen feet.World of warcraft Power Leveling I crossed the threshold, spoke quickly to the nurse, scanned her chart noting she was in stable condition. I was almost in the clear.

I leaned on the bedrail looking down at her. She asked if I could help put on her socks. Instead, I launched into a monologue that went something like this: "How are you feeling? Your sugars and blood pressure were high but they're better today. The nurse mentioned you're anxious to see your son who's visiting you today. It's nice to have family visit from far away. I bet you really look forward to seeing him."

She stopped me with a stern, authoritative voice. wow power leveling,"Sit down, doctor. This is my story, not your story."

I was surprised and embarrassed. I sat down. I helped her with the socks. She began to tell me that her only son lived around the corner from her, but she had not seen him in five years. She believed that the stress of this contributed greatly to her health problems. After hearing her story and putting on her socks, I asked if there was anything else I could do for her. She shook her head no and smiled. All she wanted me to do was to listen.

Each story is different. Some are detailed; others are vague. Some have a beginning, middle and end. Others wander without a clear conclusion. Some are true; others not. Yet all those things do not really matter. What matters to the storyteller is that the story is heard — without interruption, assumption or judgment.

Listening to someone's story costs less than expensive diagnostic testing but is key to healing and diagnosis.
wow power leveling,
I often thought of what that woman taught me, and I reminded myself of the importance of stopping, sitting down and truly listening. And, not long after, in an unexpected twist, I became the patient, with a diagnosis of multiple sclerosis at age 31. Now, 20 years later, I sit all the time — in a wheelchair.

For as long as I could, I continued to see patients from my chair, but I had to resign when my hands were affected. I still teach med students and other health care professionals, but now from the perspective of physician and patient.

I tell them I believe in the power of listening. I tell them I know firsthand that immeasurable healing takes place within me when someone stops, sits down and listens to my story.
The Internet, which was unfamiliar to human beings is totally accepted by most of people. Especially these days, it has been developing faster and faster, people do not have much time to do everything by themselves. So making full use of the Internet is a good way to color one’s life.

For instance, students could learn more and more from all over the world so that they can broaden their horizon and enrich their knowledge. Absolutely, the bridge that connects the whole world is the Internet.

Secondly, scientists and mathematicians, too, can share research results in order to promote the wheel of human society much more quickly.world of warcraft power leveling,

I suppose the key factor of importance of Internet is to find a good job . In the society which is full of competition, more information means more opportunities. A job hunter can get on the Internet to browse for a favorable job.

Well, from what has been mentioned above, I believe with the high speed and efficiency, the Internet will become more and more popular among people in the near future. wow power leveling
world of warcraft power leveling,
I helped her with the socksI believe listening is powerful Medicine.

Studies have shown it takes a physician about 18 seconds to interrupt a patient after he begins talking.

It was Sunday. I had one last patient to see. I approached her room in a hurry and stood at the doorway. She was an older woman, sitting at the edge of the bed, struggling to put socks on her swollen feet.World of warcraft Power Leveling I crossed the threshold, spoke quickly to the nurse, scanned her chart noting she was in stable condition. I was almost in the clear.

I leaned on the bedrail looking down at her. She asked if I could help put on her socks. Instead, I launched into a monologue that went something like this: "How are you feeling? Your sugars and blood pressure were high but they're better today. The nurse mentioned you're anxious to see your son who's visiting you today. It's nice to have family visit from far away. I bet you really look forward to seeing him."

She stopped me with a stern, authoritative voice. wow power leveling,"Sit down, doctor. This is my story, not your story."

I was surprised and embarrassed. I sat down. I helped her with the socks. She began to tell me that her only son lived around the corner from her, but she had not seen him in five years. She believed that the stress of this contributed greatly to her health problems. After hearing her story and putting on her socks, I asked if there was anything else I could do for her. She shook her head no and smiled. All she wanted me to do was to listen.

Each story is different. Some are detailed; others are vague. Some have a beginning, middle and end. Others wander without a clear conclusion. Some are true; others not. Yet all those things do not really matter. What matters to the storyteller is that the story is heard — without interruption, assumption or judgment.

Listening to someone's story costs less than expensive diagnostic testing but is key to healing and diagnosis.
wow power leveling,
I often thought of what that woman taught me, and I reminded myself of the importance of stopping, sitting down and truly listening. And, not long after, in an unexpected twist, I became the patient, with a diagnosis of multiple sclerosis at age 31. Now, 20 years later, I sit all the time — in a wheelchair.

For as long as I could, I continued to see patients from my chair, but I had to resign when my hands were affected. I still teach med students and other health care professionals, but now from the perspective of physician and patient.

I tell them I believe in the power of listening. I tell them I know firsthand that immeasurable healing takes place within me when someone stops, sits down and listens to my story.
The Internet, which was unfamiliar to human beings is totally accepted by most of people. Especially these days, it has been developing faster and faster, people do not have much time to do everything by themselves. So making full use of the Internet is a good way to color one’s life.

For instance, students could learn more and more from all over the world so that they can broaden their horizon and enrich their knowledge. Absolutely, the bridge that connects the whole world is the Internet.

Secondly, scientists and mathematicians, too, can share research results in order to promote the wheel of human society much more quickly.world of warcraft power leveling,

I suppose the key factor of importance of Internet is to find a good job . In the society which is full of competition, more information means more opportunities. A job hunter can get on the Internet to browse for a favorable job.

Well, from what has been mentioned above, I believe with the high speed and efficiency, the Internet will become more and more popular among people in the near future. wow power leveling
world of warcraft power leveling,
I helped her with the socks
Top
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1264 seconds | Archive