InvisionFree - Free Forum Hosting
Create a free forum in seconds.

Learn More · Register for Free
Welcome to NashaAziz Forum. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 ‘Ayah’ rujuk nama Allahyarham Abdul Aziz Hathim -, Utusan Online..
syd
Posted: Jul 1 2006, 05:50 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



‘Ayah’ rujuk nama Allahyarham Abdul Aziz Hathim - Nasha


KUALA LUMPUR 21 Jun - Pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz (gambar) menjelaskan bahawa perkataan ‘ayah’ dalam wawancaranya dengan akhbar Mingguan Malaysia, dua tahun lalu adalah merujuk nama bapa angkatnya, Allahyarham Abdul Aziz Hathim yang menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya sejak kecil hingga dewasa.

Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz berkata, beliau tidak menafikan bahawa Abdul Aziz Mohd. Ali (plaintif) yang menyaman beliau merupakan bapa kandungnya tetapi Allahyarham adalah satu-satunya insan yang dipanggil ayah.

Nasha yang memohon tuntutan saman itu ditolak menjelaskan, Abdul Aziz telah menyerahkannya kepada kakak plaintif, Habibah Mohd. Ali, iaitu suami kepada Allahyarham semasa beliau berusia tiga bulan.

Menurutnya, adalah tidak keterlaluan beliau merujuk Allahyarham sebagai satu-satunya ayah beliau kerana telah memanggilnya begitu sejak kecil hingga dewasa.

‘‘Gelaran ayah bukan setakat berkongsi DNA (asid deoksiribonukleik) yang sama tetapi ia merangkumi tanggungjawab seperti mendidik, memberi sara hidup, kasih sayang dan sebagainya,” kata Nasha.

Lantaran itu, Nasha mengatakan Allahyarham adalah ayah beliau pada hakikat yang sebenarnya.

Di samping itu, kata Nasha, beliau tidak mempunyai apa-apa kewajipan dari segi moral atau undang-undang untuk menggunakan gelaran ‘ayah angkat’ apabila merujuk kepada Allahyarham.

Nasha, 35, yang baru mengikat tali pertunangan dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof pada 4 Jun lalu menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 8 Jun tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Tee Ah Sing yang mendengar sebutan kes itu di kamar beliau hari ini menetapkan 15 Ogos ini untuk lanjutan pengurusan kes tersebut.

Abdul Aziz, 58, menyaman anak kandungnya itu pada 31 Mac tahun lalu atas dakwaan Nasha mengeluarkan perkataan fitnah bahawa dia bukan bapa kandung pelakon itu dan telah meninggal dunia.

Selain Nasha sebagai defendan pertama, Abdul Aziz, seorang peniaga dan guru silat menamakan penerbit akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (M) Berhad dan wartawan, Tengku Khalidah Tengku Bidin sebagai defendan kedua dan ketiga.

Dalam saman menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya itu, Abdul Aziz mendakwa defendan-defendan memfitnahnya melalui artikel bertajuk, Jangan Tanya Hal Peribadi di muka surat dua ruangan hiburan, akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004.

Sementara itu, defendan kedua dan ketiga dalam pernyataan pembelaannya pula menafikan bahawa artikel tersebut adalah fitnah ataupun bersifat fitnah dalam apa jua cara sekalipun.

Mereka juga mendakwa, artikel atau petikannya merupakan suatu laporan tepat dan saksama yang telah dibuat oleh defendan pertama kepada defendan ketiga.

Abdul Aziz dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan berkenaan pula menyatakan bahawa perkataan-perkataan fitnah itu diterbitkan bertujuan menyembunyikan hakikat dia adalah ayah kandung defendan pertama dan masih hidup.






Top
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.2392 seconds | Archive