Fully Featured & Customizable Free Forums
InvisionFree - Free Forum Hosting
Welcome to NashaAziz Forum. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


Pages: (2) [1] 2  ( Go to first unread post )

 PUAKA TEBING BIRU News, credits to tayanganunggul.com
syd
Posted: Jan 31 2006, 01:10 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Majlis Pelancaran Filem Puaka Tebing Biru telah diadakan di Rahsia Bistro


Kiriman: mika pada Isnin, 28 Mac, 2005 - 02:51 PM CCT

Majlis pelancaran yang berkonsepkan warna putih dan suasana seram ini berlangsung di Rahsia Bistro pada jam 7:45 malam pada 6 April 2005 lepas. Suasana seram berjaya dihidupkan dengan dekorasi serba putih meja makan, hiasan bunga dan daun kering, aroma kemenyan serta alunan muzik latar.

Filem ini diarahkan oleh pengarah muda berbakat iaitu Osman Ali dan barisan pelakon utama yang bakal menerajui filem ini terdiri daripada Nasha Aziz, Umie Aida, Fahrin Ahmad dan Sharifah Amani.


(Posted Image)
(Posted Image)
(Posted Image)
(Posted Image)
Top
syd
Posted: Jan 31 2006, 01:13 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Di Sebalik Tabir : Osman Dicabar Puaka Tebing Biru

Kiriman: mika pada Jumaat, 06 Mei, 2005 - 03:53 PM CCT

AKHIR minggu lalu, SUZAN AHMAD dan jurugambar ZAHARIN HAYON sempat menjenguk warga kerja Tayangan Unggul Sdn Bhd yang sibuk dengan penggambaran filem seram thriller berjudul Puaka Tebing Biru di Pulau Pangkor. Menerusi arahan Osman Ali, perjalanan penggambaran filem untuk babak sekitar rumah kosong Tebing Biru dan montajnya berjalan lancar. Di Sebalik Tabir menyingkap misteri yang menyelubungi pembikinan filem itu dan menemu bual Osman.

LAZIMNYA rumah yang jarang dihuni manusia dan ditinggalkan untuk jangka masa lama pastinya menarik perhatian makhluk Allah lain untuk menumpang atau mungkin mengambil alih. Lebih-lebih lagi selepas tragedi berbentuk penganiayaan berlaku. Judul Puaka Tebing Biru (PTB) jelas sekadar nama. Ia gambaran cinta agung, cita-cita dan harapan yang tidak kesampaian, kasih sayang ibu, adik dan rakan sepermainan.

“Produksi begini memerlukan kami mencari perkampungan nelayan yang rumahnya betul-betul mencecah air laut. Susah untuk mendapat suasana begitu di Kelantan dan Terengganu sekarang ini kerana angin kuat,” demikian pentingnya lokasi bagi Osman,” yang cukup menonjol selepas drama pendek Malaikat Di Jendela.

“Di Pangkor, kami bertuah kerana menemui rumah tinggal di tepi tebing yang mencecah laut, amat sesuai menggambarkan kediaman terbiar yang pernah menjadi tempat berteduh, bermain, malah rumah pusaka peninggalan arwah bapa Ratna lakonan Nasha Aziz,” jelas Osman selepas menikmati makan malam di lokasi.


Sekitar 70 peratus penggambaran dibuat di Pulau Pangkor, selebihnya di Kuala Lumpur. Osman yang sudah berkampung di Pangkor sejak seminggu lalu adalah pemilik idea asal, penulis cerita, skrip dan lakon layarnya.

“Idea sudah lama ada, malah plot PTB sudah diolah sejak tiga tahun lalu yang asalnya adalah drama pendek Odisi di ntv7. Namun kerana sedikit masalah ia tidak berlaku,” jelasnya jujur. Di tanya bagaimana dia berjaya menarik perhatian Tayangan Unggul untuk melamarnya. Katanya: “Saya diminta mengarah filem terbitan mereka lalu saya datang dengan tiga skrip - Kasut Merah, Lara Cinta dan Puaka Tebing Biru, tiga genre berbeza. Selepas dikaji mendalam, nampaknya cerita seram lebih menarik perhatian mereka,” katanya.

Dari segi pengarahan dan penulisan skrip, bakat Osman mula menyerlah menerusi filem cereka, Bukak Api (2000) dan filem pendek, Malaikat Di Jendela (2003). Biarpun ada ura-ura mengatakan filem pendeknya itu bakal ditayangkan di pawagam, namun itu tidak berlaku.

“Mengapa ia tidak ditayangkan, saya boleh kata ia digam melainkan kami mengubah beberapa babak dalam filem berkenaan. Masalahnya bukan apa, cuma isu sudut pandangan kisah anak perempuan yang sudah mati mencari emaknya. Orang mati menjadi penyampai cerita. Kecuali babak itu diubah, baru boleh tayang,” akurnya.

Osman dilihat sebagai sutradara yang cuba mengundang kontroversi apabila Bukak Api berkisar mengenai pekerja seks dan transverstite (lelaki yang menukar jantina).

Selain Nasha, PTB membariskan Fahrin Ahmad, Sharifah Amani, Umie Aida dan ramai lagi. Ia adalah gandingan seram klasik dan moden.

“Karektor supernatural memang punya sebab untuk berada dalam plot cerita ini, mereka adalah warna dan jiwa kepada karya ini yang mencakupi segala nilai hiburan mengikut keperluan peminat, pembuat filem dan penerbit sendiri. Saya hanya seorang yang cuba menggunakan pengalaman dalam filem pendek, eksperimen dan komersial. Sebagai filem komersial pertama, sudah pasti saya rasa tercabar dan teruja menampilkan yang terbaik dalam PTB mengikut cara saya,” katanya membuat kajian dari segi rujukan warna, arahan seni, fotografi serta menonton beberapa filem seram seperti Nang Nak, Dark Water dan Pontianak Harum Sundal Malam.


Oleh : Suzan Ahmad, Berita Harian
Top
syd
Posted: Jan 31 2006, 01:20 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Jejak Media Ke Lokasi PTB (Bhg. 1)


Kiriman: mika pada Jumaat, 06 Mei, 2005 - 03:45 PM CCT

JOM PI PANGKOR !
• Semua berkumpul di Cafeteria , ASTRO menikmati sarapan pagi seawal jam 7.40 pagi. Jibong dan Badang dari Media Hiburan menjadi wartawan pertama sampai sebelum krew-krew Rentak Karya. Jam 8.00 pagi, wakil Berita Harian – Suzan Ahmad dan jurugambar – Zaharin Hayon. Terakhir, Cleo dari Malay Mail kemudian muncul bersama beg sederhana besar ala-ala percutian singkat.

MULA BERTOLAK
• Bas sudah sedia menunggu dari jam 7.00 pagi. Komitmen Pemandu bas –Subra memang membanggakan. Pada jam 8.45 pagi bas mula bergerak meninggalkan perkarangan ASTRO. Kami mula membuat andaian mungkin 3 jam mungkin juga lebih lama dari itu untuk sampai ke jeti Lumut.

ERRRGH … BILA NAK SAMPAI?
• Bagi menghilangkan rasa bosan perjalanan jauh, kami melayan VCD filem hebat lakonan Jackie Chan. Kecuali, Cleo memilih untuk tidur sepanjang perjalanan. Sesampai di jeti Lumut, kami terus ke Restoran Nasi Kandar bagi mengisi perut yang sudah mula menyanyi lagu keroncong. Subra, pemandu bas kelihatan segan silu untuk duduk semeja bersama 10 orang penumpangnya yang terdiri dari para wartawan dan media termasuk seorang wakil Tayangan Unggul. Apalagi, Cleo pun menjerit memanggil, ‘Subra, mari duduk sini, kenapa mau duduk sorang-sorang situ ..? Marilah!’. Subra yang tidak mempunyai sebarang reaksi pada wajahnya, pintas bangun menghampiri dan terus duduk di sebelah Cleo.

BEST GAK .. PENGALAMAN NAIK FERI.
• Selesai menjamu selera, kami terus ke kaunter untuk mendapat tiket feri pergi dan balik. Jibong dan Badang begitu ringan tulang membantu menurunkan kotak-kotak tisu dari yang akan digunakan oleh ‘make-up’ artis sepanjang penggambaran PTB di Pulau Pangkor. Syarikat feri bernama Pan Silver memberi potongan harga menarik selain tidak mengenakan tiket pada ketua rombongan. Apalagi, itulah feri pilihan delegasi kami.

SAMPAI KE PANGKOR ...
• Walaupun rombongan hanya tinggal 10 orang selepas pelakon PTB; Umie Aida diumumkan tidak dapat ikut serta ke lokasi penggambaran kali ini, namun ia tetap meriah. Perjalanan kami begitu licin apabila sebuah bas mini sudah siap menunggu sebaik kaki mencecah bumi Pangkor. Bas terus membawa kami ke tempat penginapan, Pangkor Village Resort. Hidangan makan tengahari dengan menu masakan ala kampung siap terhidang walaupun jam sudah menunjukan jam 2.00petang. Nampak menyelerakan sekali, apalagi team Rentak Karya, Badang dan Zaharin terus menjamu selera untuk kali kedua. Jibong, Suzan dan Cleo masih kekenyangan dek penangan nasi kandar di jeti Lumut lebih kurang sejam lalu.

INDAHNYA LAUT
• Selepas makan masing-masing ‘check-in’. Walaupun kepenatan, pantai yang jernih membiru menggamit kami untuk lekas terjun ke laut, mandi-manda. Sekali lagi Rentak Karya menjadi kumpulan pertama bertukar pakaian dan terus terjun ke laut. Kemudian diikuti Jibong dan Badang. Terakhir sekali Suzan dan ketua delegasi ; wakil Tayangan Unggul yang berkongsi bilik menghadap laut turut terpanggil dengan lambaian mesra ombak yang menghempas pantai turut ‘join’ acara mandi. Kelakar giler, bila Jibong dan ketua delegasi kami mandi dengan memakai ‘safety jacket’ walaupun mereka hanya mandi di sekitar gigi pantai. Memang kelakar .....

BERSEDIA KE LOKASI
• Khabarnya penggambaran untuk babak menarik akan dibuat pada sebelah malam. Jadi’ kami ke lokasi untuk membuat liputan sebelah malam pada jam 8.00 malam. Para jurugambar dan team Rentak Karya sejak dari jam 6.00 petang telah bergegas ke lokasi untuk mendapatkan gambar-gambar menarik ‘Behind The Scene’.

PENGALAMAN DI LOKASI
• Seperti dijanjikan, pada jam 8.00 malam sebuah van sedia menunggu dan menghantar kami ke lokasi penggambaran. Van meninggalkan kami di satu kawasan agak lapang dan terus cabut. Wakil TUSB terus saja menghubungi Pengurus produksi PTB untuk memastikan arah tuju lokasi. Suasana sunyi dan agak gelap membuatkan semua mendiamkan diri dan terus berjalan lurus seperti diarahkan Pengurus Produksi. Selepas melalui sebuah jambatan kecil samar-samar kelihatan kumpulan produksi PTB sibuk membuat persiapan penggambaran. Kira-kira 10 minit berada di lokasi, Cleo membuka mulut bertanya, ‘Korang tak perasan ke kita lalu kat kawasan perkuburan Hindu tadi?’. ‘Patutle tegak jer bulu roma aku masa lalu tadi .. ’ jawab Suzan. Perbualan terhenti di situ dan masing-masing diam.

MASA BEKERJA
• Selepas menemuramah Osman Ali yang begitu teliti dan lancar menjawab setiap soalan yang diajukan, giliran Sharifah Amani pula ditemuramah. Sikap terbuka dan pandangan logiknya menampakan dia begitu matang berbanding remaja seusianya. Rambut panjang lurus mengurai memperlihatkan beliau kelihatan begitu manis dipandang. Nasha sibuk ke hulu ke hilir berbincang serta membuat beberapa ‘rehearsal’.

SERAM KE?
• Lima minit sebelum jam 12.00 malam kami sekali lagi terpaksa menempuh jambatan dan kawasan tadi menuju ke arah bas yang sedia menanti untuk menghantar kami pulang ke tempat penginapan. Dalam perjalanan pulang kami singgah di sebuah gerai untuk mengisi perut. Pemandu bas dan rakannya sibuk bercerita kejadian-kejadian seram berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan cerita masyarakat setempat. Bertambah meremanglah bulu roma kami semua ...

MESRANYA ... ORANG PANGKOR
• Selepas bersarapan, Fahrin muncul dengan berpakaian santai meluru ke dapur pemilik resort memesan makanan. Setelah beberapa hari tinggal di Resort berkenaan pemilik dan keluargannya sudah begitu mesra dengan keseluruhan ‘team’ produksi PTB. Selepas menghabiskan sarapan, Fahrin terus ditemubual. Sementara menunggu Nasha bersiap sedia untuk ditemuramah, kami semua bersama Fahrin berpeluang menaiki bot pemilik resort berkenaan bersiar-siar melihat keindahan pantai dan laut biru P.Pangkor .

SEPETANG BERSAMA NASHA & FAHRIN
• Jam 1.30 petang Nasha kelihatan ringkas dengan jeans biru dipadankan dengan baby t - shirt berwarna hitam tanpa lengan. Selepas memberi beberapa pos menarik bersama Fahrin, Nasha berbaring di atas pasir-pasir kasar tepi gigi pantai Pangkor Village Resort untuk ditemuramah. Kami duduk di atas pasir membentuk separuh bulatan mengelilinginya Nasha. Tetapi tidak dengan Cleo beliau turut berbaring sambil menulis. Fahrin sibuk menyakat Nasha dengan mengutip daun-daun kering lalu dijatuhkan ke atas Nasha. Suasana begitu relaks dan tenang sesekali diselangi dengan lawak-lawak bersahaja hingga tidak kering gusi dibuatnya.

MASA BEGITU MENCEMBURUI KAMI
• Antara sedar dan tidak rupanya sudah jam 3.00 petang. Patutlah lapar. Kami beramai-ramai berjalan menuju ke gerai tepi laut untuk menjamu selera. Sambil makan kami terus bergurau bagai percutian sebuah keluarga besar. Nasha semakin ‘excited’ dan cuba menahan kami agar terus tinggal satu malam lagi. Beliau berjanji untuk belanja makan malam di sebuah restoran makanan laut berhampiran. Bagaimanapun, hajatnya tidak kesampaian kerana kami perlu patuh pada jadual perjalanan. Subra dan basnya sedia menunggu kami di jeti Lumut. Begitu juga dengan bas mini putih yang sedia menunggu kami untuk menaiki feri pada jam 5.00 petang.

LAMBAIAN PULANG
• Nasha menghantar kami sehingga ke bas putih. Kelakarnya, Fahrin terlebih dulu sampai ke lokasi penggambaran kerana pada sangkaannya kami semua akan ke lokasi penggambaran. Patutlah beliau tak turut serta masa kami semua sibuk menjamu selera tadi …. Fahrin ! Fahrin!


Top
cik^mala
Posted: Feb 16 2006, 10:36 PM


Advanced Member


Group: Admin
Posts: 442
Member No.: 2
Joined: 6-October 05



adusss...baca sinopsis pon dah seram2 sejuk...heheheh demam kot cik mala ni...
tp jeles aaa kan...bile laa agaknya nak merasa nasha layan mcm tu kat kita pulak kan???
Top
ina
Posted: Feb 21 2006, 09:05 PM


Advanced Member


Group: Members
Posts: 201
Member No.: 25
Joined: 11-November 05



best!!
Top
Ida80
Posted: Feb 26 2006, 02:05 PM


Member


Group: Members
Posts: 22
Member No.: 122
Joined: 22-February 06



QUOTE (cik^mala @ Feb 16 2006, 10:36 PM)
adusss...baca sinopsis pon dah seram2 sejuk...heheheh demam kot cik mala ni...
tp jeles aaa kan...bile laa agaknya nak merasa nasha layan mcm tu kat kita pulak kan???

teringin gak kak nasha layan mcm tu..berangan je la... ;)
Top
syd
Posted: Jul 1 2006, 06:21 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



aik..dah rasekan cik mala???
Top
blaquer
Posted: Aug 27 2006, 02:54 AM


Unregistered









bila dia nak d tayangkan??????
Top
syd
Posted: Aug 27 2006, 09:20 AM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



x sure laa..syd ada check kat website tayanganunggul tp xder sebarang berita terbaru pasal filem niee..belum lg kott.
Top
eta0810
Posted: Aug 28 2006, 08:56 AM


Advanced Member


Group: Members
Posts: 179
Member No.: 131
Joined: 25-February 06



QUOTE (blaquer @ Aug 27 2006, 02:54 AM)
bila dia nak d tayangkan??????

KALAU TAK SILAP ETA AWAL TAHUN DEPAN, JAN 2007..ETA ADA TERBACA KAT AKHBAR..
Top
myz
Posted: Aug 28 2006, 05:41 PM


Newbie


Group: Members
Posts: 9
Member No.: 249
Joined: 27-August 06



marilah ramai2 fan kak nasha kta g tengok citer nie nnt ek....
Top
syd
Posted: Dec 14 2006, 08:54 AM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



berita terbaru yang syd dapat..filem nie akan ditayangkan april 2007..ape2 pun kite nantikan kemunculannya k!!
Top
syd
Posted: Jan 26 2007, 10:31 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



:D PUAKA TEBING BIRU di pawagam....18 Feb 2007
Top
syd
Posted: Feb 9 2007, 12:19 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Puaka Tebing Biru sedia temui penonton

Oleh WANDA IDRIS

SETELAH melalui beberapa detik cemas termasuk pembikinan yang tergendala selama enam bulan selepas memulakan penggambaran pada 15 April 2005, akhirnya Puaka Tebing Biru menemui khalayak bermula 18 Februari ini.

Tidak sahaja detik tersebut, buah tangan Osman Ali yang mengambil latar sebuah perkampungan nelayan yang menjalani penggambaran di Pulau Pangkor itu turut diselubungi cerita-cerita aneh lagi menyeramkan.

Apalagi menjalani penggambaran di tengah-tengah malam buta, pasti sahaja setiap yang terlibat dalam pembikinan filem itu pernah diganggu.

“Mungkin sahaja kerana judulnya, maka banyak insiden berlaku. Namun keanehan itu bukan sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan,” kata Umie Aida, pendukung watak Ayu.

Mengakui merasai keseraman sewaktu menjalani penggambarannya, kata Umie, dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami keanehan melampau seperti dirasuk.

“Memang banyak adegan-adegan yang menyeramkan malah penduduk kampung sendiri berpesan supaya sentiasa berjaga-jaga.

“Jadi saya sentiasa memastikan agar diri saya sentiasa beringat-ingat dan selalu membaca apa yang patut,” katanya.

Takut Air

Sebagai Ayu, Umie merasakan ia memberinya satu pembaharuan daripada segi watak dan perwatakan.

Apalagi, kata aktres berbakat itu, watak-watak utama wanita dalam Puaka Tebing Biru menghimpunkan pelakon-pelakon yang pernah dianugerahkan sebagai pelakon terbaik.

Nasha sebagai Ratna pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) melalui filem Trauma, manakala Sharifah Amani pula menerusi filem Gubra dipilih pemenang kategori yang sama pada FFM19.

“Lebih penting, Puaka Tebing Biru bukan sekadar cerita hantu yang menakutkan tetapi filem seram berkaitan cinta yang menyayat hati.

“Ia mengenai persahabatan dan cinta sejati,” ujar Umie sambil memberitahu pengalaman paling menakutkan ketika berlakon dalam filem itu ialah sewaktu penggambaran di laut.

Katanya: “Dalam keadaan ombak besar, berada di dalam sampan seorang diri. Hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya saya ketika itu.

“Sudahlah saya sendiri takutkan air dan tidak tahu berenang, dibuat pula pada malam-malam buta, tapi kerana inginkan babak yang cantik, saya lakukan juga.

“Dan saya patut memberi pujian kepada Osman kerana dia tidak pernah berputus asa menjayakan filem itu.

“Biar tertangguh dan terpaksa menghadapi beberapa masalah teknikal, dia tetap sabar. Tetapi apa yang dia inginkan, dia berusaha untuk dapatkannya sehingga berjaya.”

Berdebar

Osman Ali sendiri pastinya gementar menantikan reaksi khalayak terhadap filem cereka sulungnya itu, apalagi ia juga merupakan filem pertama terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) bagi genre seram.

Mengambil risiko mengarah filem genre bukan pilihan pengarah tempatan, Osman optimis dengan keinginannya sendiri kerana sememangnya, kata Osman, dia meminati pengarahan filem seumpama itu.

Biar terpaksa berhadapan dengan kehendak penonton, Osman mengharapkan buah tangannya itu menjadi filem yang dikenang peminat.

Apalagi karya-karyanya sebelum ini seperti filem pendek Bukak Api dan Malaikat di Jendala serta beberapa drama TV seperti Toll Gate Girl, Surat Untuk Bulan dan Rumah Itu Duniaku pernah mendapat pujian.

Sinopsis

Puaka Tebing Biru berkisar tentang Ratna dan Ayu yang berjiran sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah lembut yang bercinta dengan Mohsin. Sementara Ratna, kakak kepada Atilia telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Bagaimanapun hasratnya itu dibantah oleh ahli keluarga. Ratna tetap meneruskan cita-citanya sebagai petugas di unit forensik. Namun hidup Ratna tidak pernah tenteram. Dia sering didatangi bayang seorang wanita dan kanak-kanak perempuan.

Lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke kampung. Sewaktu di kampung, Ratna mengalami pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan.
Top
syd
Posted: Mar 6 2007, 10:01 AM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Osman Ali akui boleh terima kritikan

SEBAIK saja filem seram Puaka Tebing Biru (PTB) ditayangkan kepada wakil media baru-baru ini, pelbagai reaksi diterima pengarah filem itu, Osman Ali. Menerusi ulasan dalam media massa, tidak kurang memuji usaha pertama Osman dalam menghasilkan filem panjang, biarpun ramai juga penulis mengkritik hebat filem terbitan Tayangan Unggul itu.


Namun, pengarah muda ini bersikap rasional terhadap ulasan yang tidak menyebelahinya. Tegas jejaka ini, kritikan yang membina diterimanya dengan hati yang terbuka.

“PTB ialah filem panjang pertama daripada saya. Lalu, saya tidak mengharapkan ulasan yang hebat untuk filem ini. Kritikan pula tentunya diterima secara positif dan saya akan menggunakan teguran itu semua untuk kebaikan projek akan datang. Saya sendiri tidak mahu jadi besar kepala, sekiranya filem saya mendapat pujian.

“Saya terima saja segala kritikan, selagi mana tulisan berkenaan bukan berbentuk kutukan yang membuatkan orang ramai tidak ingin menonton filem ini. Kritikan yang diterima juga tidak mematahkan semangat saya untuk berkarya pada masa depan. Saya hormati pandangan wartawan atau penulis yang mengulas filem ini. Mereka memahami apa yang baik dan apa yang tidak untuk tontonan,” ujar Osman.

Pengarah yang juga penulis skrip PTB ini bagaimanapun amat bersyukur apabila filem seram lakonan Nasha Aziz, Umie Aida, Fahrin Ahmad dan Sharifah Amani itu berjaya membuat kutipan memberangsangkan. PTB yang mula menemui penonton pada 18 Februari lalu memungut lebih RM500,000 dalam masa seminggu tayangan.

Biarpun filem pertamanya baru saja memasuki panggung, pengarah ini sudah kembali ke lokasi untuk mengarahkan filem ketiga, selepas Anak Halal disiapkan beberapa bulan yang lalu.

“Kini, saya sedang menghasilkan sebuah lagi filem yang disasarkan untuk golongan remaja berjudul Akuarium Cinta. Filem ini bercorak komersial dan diterbitkan sendiri oleh syarikat saya, Nuansa Sdn Bhd. Kami sudah pun memulakan penggambaran dan akan meneruskannya untuk sedikit waktu lagi,” kata Osman yang kali ini menampilkan ramai muka baru.

Meskipun begitu, pelakon berbakat seperti Umie Aida dan Raja Farah tetap disenaraikan sutradara ini bagi filem yang berkisar mengenai persahabatan dan percintaan itu.

Katanya, golongan yang menonton filem cinta remaja seperti Heart adalah juga mereka yang menjadi sasaran untuk menonton filem terbabit. Cuma, pengisiannya adalah lebih serius apabila ia turut bercerita mengenai masalah seksual dan pengguguran di kalangan generasi muda.

Sebelum Akuarium Cinta dapat dinikmati penggemar filem tempatan, mereka terlebih dulu akan dihiburkan dengan sebuah lagi filem Osman berjudul Anak Halal, yang menampilkan ramai pelakon ternama seperti Rosyam Nor, Maya Karin, Farid Kamil dan Fasha Sandha.

“Berbeza PTB, Anak Halal lebih lurus plotnya. Saya tidak memasukkan cerita yang sukar difahami menerusi filem yang juga bersifat remaja ini. Penonton akan lebih mudah mengikuti cerita yang dipaparkan dalam filem ini,” kata Osman mengenai karyanya yang berkisar golongan remaja berdepan masalah sosial.

Pada soalan mengenai Anak Halal sebagai filem yang disasarkan untuk memenangi anugerah, Osman berkata, dia tidak mahu menjanjikan sesuatu yang sebegitu tinggi kepada peminat, namun pada dasarnya apabila sesebuah filem dihasilkan, tentunya dia juga mahu karyanya itu dihargai.

“Begitupun, kalangan penonton adalah keutamaan saya apabila membikin sesebuah filem termasuk filem ini. Sekiranya mereka menyukai filem itu, barulah saya berpuas hati. Seandainya filem terbabit memenangi anugerah pula, sudah pasti saya menganggapnya sebagai bonus pula,” kata Osman.



INFO

******

BARU-BARU ini, radio Era mengadakan kerjasama dengan penerbit filem Puaka Tebing Biru, Tayangan Unggul, dengan menganjurkan pertandingan boling yang membabitkan penyampai, pelakon filem itu dan pendengar. Lebih menarik, peserta dikehendaki berpakaian hantu untuk memeriahkan acara. Sayangnya, acara yang dianggap sebahagian promosi untuk Era dan Puaka Tebing Biru itu tidak dihadiri kebanyakan pelakon filem seram terbabit. Hanya pengarahnya, Osman Ali dan pelakon Fahrin Ahmad yang menghadirkan diri. Namun, peserta tetap ceria dan berseronok pada acara yang diadakan di pusat beli belah MidValley itu.
Top
InvisionFree - Free Forum Hosting
Free Forums. Reliable service with over 8 years of experience.
Learn More · Sign-up Now

Topic OptionsPages: (2) [1] 2  Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.2740 seconds | Archive