Create your own social network with a free forum.
InvisionFree - Free Forum Hosting
Welcome to NashaAziz Forum. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 Lantai T.Pinkie disiarkan di TV1 pada 11 Jun ini, Utusan Online..
syd
Posted: Jul 1 2006, 05:44 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Lantai T.Pinkie disiarkan di TV1 pada 11 Jun ini


Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SAMBUTAN hebat yang diberikan terhadap teater muzikal Lantai T.Pinkie yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini mendorong Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Citra Production untuk membawa pementasan tersebut kepada khalayak yang lebih besar.

Pada 11 dan 12 Jun ini, Lantai T. Pinkie akan disiarkan menerusi TV1 RTM selama dua malam berturut-turut. Siaran akan bermula pukul 9 malam.

“Ini bermakna para peminat teater yang tidak berkesempatan menyaksikan muzikal Lantai T.Pinkie di Istana Budaya pada 28 April hingga 7 Mei lalu akan berkesempatan menyaksikan teater arahan Rosminah Tahir itu melalui TV1 di RTM.

“Mereka juga tentu dapat menyaksikan sendiri penampilan istimewa beberapa pelakon utamanya seperti Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Abby Abadi, Azizah Mahzan dan Zaifri Husin. Mereka dibantu oleh penari Dua Space Dance Theatre dan Istana Budaya,’’ kata penerbit produksi itu, Siti Rohayah Attan.

Sebelum ini, program yang dikenali Di Sebalik Tabir Lantai T.Pinkie telah disiarkan pukul 9 malam di TV1 RTM pada 28 Mei lalu yang mana ia menyajikan proses pementasan itu dan pandangan mereka yang terlibat.

Selain itu, Siti Rohayah memberitahu, teater yang diadaptasi daripada karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said itu dijangka menemui peminat-peminat lakonan pentas di Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Menurut Siti Rohayah, pementasan itu diadakan sempena sambutan Hari Wanita yang bakal disambut pada 25 Ogos akan datang.

“Kami akan memulakan tour di Perak pada 11 hingga 13 Ogos ini. Pementasan akan diadakan di Taman Seni Budaya, Perak. Di setiap negeri yang kami singgah sekurang-kurangnya akan diadakan empat pementasan,’’ kata Siti Rohayah ketika ditemui pada majlis terima kasih sempena pementasan teater Lantai T.Pinkie di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, teater arahan Rosminah Tahir itu juga akan menemui peminat-peminat di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang, Taman Seni Budaya, Pahang dan Matic atau DBKL, Kuala Lumpur.

Tegas Siti Rohayah, pihaknya tidak bercadang untuk menukar barisan pelakon yang sedia ada. Bagaimanapun, perancangan itu bergantung kepada komitmen para pelakon itu sendiri.

Selain pementasan, pihaknya juga akan mengadakan bengkel penulisan dan seminar bersama para pelakon di setiap negeri yang disinggahi.

Selain pementasan bergerak di beberapa negeri, Lantai T.Pinkie juga akan diangkat menjadi filem komersial.

Jelas Siti Rohayah, rancangan untuk menjadikan teater tersebut sebagai filem sudah lama tercetus. Cuma beliau tidak mahu perkara itu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Untuk membawa Lantai T.Pinkie ke layar perak, kami perlu berbincang dengan Pak Samad sebab ada kemungkinan skrip untuk filem memerlukan rombakan,’’ jelasnya.

Menyentuh mengenai pementasan Lantai T.Pinkie yang berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei lalu di Istana Budaya, Siti Rohayah berkata, teater yang menelan belanja hampir RM700,000 itu hanya mendapat keuntungan bersih sebanyak RM200,000.

Katanya, biarpun keuntungan yang diperoleh tidak seberapa namun produksi itu tetap menyalurkan keuntungan tersebut kepada Rumah Tahfiz, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pak Samad yang turut hadir pada majlis itu secara terus terang berkata dia tidak sangka ‘nyawa’ Lantai T.Pinkie masih panjang.

Kata Pak Samad, tanpa pimpinan padu daripada Rosminah Tahir tidak mungkin naskhahnya itu mampu menjadi tarikan.

“Tanpa Rosminah, tidak mungkin drama ini dapat disajikan dalam bentuk teater muzikal. Karya asal banyak bergantung kepada skrip dan dialog. Sementara muzikal pula mempunyai lidah yang lain dan mempunyai tarikan tersendiri. Malah teater muzikal ini juga mampu memberi rezeki pada anak seni lain,’’ kata Pak Samad yang menganggap seni sebagai jambatan luar biasa untuk menembusi hati penonton.
Top
InvisionFree - Free Forum Hosting
Create a free forum in seconds.
Learn More · Sign-up for Free

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.0565 seconds | Archive