InvisionFree - Free Forum Hosting
Free Forums with no limits on posts or members.

Learn More · Register Now
Welcome to NashaAziz Forum. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 Nasha News Volume 2
syd
Posted: Nov 12 2005, 03:50 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Bright Network bantu anak-anak Mior

Kawan ketawa mudah dicari tetapi kawan masa susah sukar ditemui. Tetapi masih ada yang sanggup berkongsi derita, menghulurkan bantuan dan meringankan beban emosi rakan yang menderita.

Demikianlah yang dilakukan oleh Raja Alawiyah Idris kepada pengarah dan dramatis Mior Hashim Manap yang tiga daripada tujuh anaknya menghidap penyakit saraf.

Raja Alawiyah adalah produser syarikat Bright Network yang melancarkan tabung bantuan untuk anak pengarah itu menerusi penjualan video cakera padat (VCD) drama Takbir Untuk Abdah.

Drama Takbir Untuk Abdah telah memenangi enam anugerah utama termasuk Telefilem Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2001 yang berlangsung Julai lalu.

Tabung yang dinamakan bantuan Anak Anak Mior Hashim ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Khalid Yunus di Finas, Hulu Kelang, Selangor Khamis lalu.

Tiga anak-anak Mior Hashim dan Izzaidah Khairan telah disahkan menghidap penyakit saraf.

Mior Imran (9 tahun), Mior Muhamad Syafiq (7 Tahun) dan Siti Nurkamelia (6 tahun) memerlukan mesin rawatan BiPAP Synchrony berharga RM29,000 bagi membantu mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

``Hasil penjualan VCD ini akan disumbangkan semuanya kepada tabung berkenaan,'' jelas Raja Alawiyah ketika ditemui pada majlis pelancaran tabung itu.

Pada majlis yang sama Khalid turut melancarkan telefilem terbaru terbitan Bright Network, Mencari Izzara yang menampilkan pelakon Nasha Aziz, Eizlan Yusuf, Maria Kamal dan Azri Iskandar.

Mior Hashim yang turut hadir dalam majlis berkenaan amat terharu dengan keprihatinan Raja Alawiyah.

``Saya hanya bekerja dua kali dengan Kak Raja. Kerana itu saya cukup terharu apabila dia sanggup berkongsi rasa dengan kami sekeluarga,'' ujar Mior.

Menurut Mior, ketika berhadapan dengan masalah ini, dia banyak bertemu dengan ``rakan baru'' yang telah melahirkan rasa simpati atas penderitaan yang ditanggung oleh ketiga-tiga anaknya itu.

``Saya tidak mengharapkan simpati sesiapa. Saya tahu saya masih ada kudrat untuk bekerja tetapi prihatin yang ditunjukkan oleh rakan-rakan menguatkan semangat saya menghadapi dugaan,'' kata Mior.

VCD Takbir Untuk Abdah dijual dengan harga RM10 dan sudah berada di pasaran. Mereka yang ingin mendapatkan VCD itu boleh menghubungi talian 03- 22734001 atau faksimili 03- 22731004.

Pesanan juga boleh dibuat dengan menyertakan wang pos ke alamat Bright Network Sdn. Bhd., 4-10, Blok C, Impian Kota, Jalan Manau Off Jalan Kampung Atap, 50460 Kuala Lumpur.


04/09/2001
Top
syd
Posted: Nov 12 2005, 03:51 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 1,159
Member No.: 1
Joined: 5-October 05



Motion Planet terbit dua lagi filem video

Sambutan hangat yang diberikan oleh peminat terhadap filem Melayu berbentuk video membuatkan syarikat Motion Planet mengambil inisiatif menghasilkan dua lagi filem terbaru mereka.

Filem itu ialah Kepulangan dan Pembunuh Upahan yang diterbitkan oleh Cine Art Production House, anak syarikat Motion Planet.

Sebelum ini, filem Melayu berbentuk video yang diterbitkan oleh syarikat pengedar itu ialah Block 404, Neurose Dwi dan Laman Maut.

Kepulangan, arahan Eric Chong lebih menjurus kepada filem berunsur drama ringan yang disulami dengan elemen-elemen thriller.

Sementara itu, Pembunuh Upahan pula masih lagi mengekalkan elemen seram dan thriller seperti Block 404 dan Laman Maut.

Pembunuh Upahan yang diarah oleh Silver Chung itu diklasifikasikan sebagai 18PL.

Kedua-dua filem itu menggabungkan barisan pelakon popular seperti Nasha Aziz, Jalaluddin Hassan, Shaharuddin Tamby, Maizurah Hamzah, Sharifah Shahirah, Farisha Irwayu, Mak Mah dan Noniswara serta beberapa pelakon baru yang lain.

Kedua-dua filem yang bakal berada di pasaran pada waktu terdekat ini menelan kos RM200,000, manakala waktu penggambaran pula mengambil masa selama satu bulan.

Meskipun kedua-dua filem itu belum menemui penonton, pada waktu yang sama, Cine Art juga dalam proses akhir menjalani penggambaran sebuah lagi filem berjudul Tangisan Cassanova yang diarah oleh Jason.

Pihak Cine Art juga merancang menyambung semula filem Block 404 dengan menggunakan judul Block 405. Ia akan mengekalkan pelakon asal Block 404.

Selain menampilkan genre asal, Cine Art turut menekankan penggunaan teknologi moden untuk disesuaikan dengan jalan cerita.

Kepulangan mengisahkan plot pertemuan yang terjadi antara dua beradik kembar yang telah terpisah lama iaitu Daniel dan Darwis, watak yang dipegang oleh Norzamshuri Ramli.

Hasil siasatan dan bantuan Aishah (Farisha Irwayu), Kak Ti (Mak Mah) dan Adriana (Nasha Aziz), akhirnya Daniel dapat bertemu dengan abang kandungnya Darwis.

Daripada pertemuan itu, mereka membongkar siapakah perancang pembunuhan Rusdina (Sharifah Shahirah).

Sementara itu, Pembunuh Upahan pula menampilkan aksi lasak dan berani Maizurah sebagai Isabella dan Noniswara sebagai Sofiana yang merancang pembunuhan.

Shaharuddin Tamby pula sebagai Yusof, seorang usahawan dan Muhaizad Ahmad Mustapha yang berlakon sebagai Eizlan adalah bintang utama cerita ini.

Cerita ini mengisahkan aksi pembunuh upahan yang cuba menjadi pembunuh utama yang disegani tetapi dibayangi oleh pembunuh misteri lain. Pembunuh upahan itu, Eizlan cuba mencari orang yang telah membunuh sasaran utamanya, Yusof.

Mereka yang ingin membeli filem video ini boleh mendapatkannya di Vision Blockbuster Sdn. Bhd., Speedy Video Distributor Sdn. Bhd. dan Pengedar Film Cinebolly Sdn. Bhd. atau hubungi talian 03-91309688.


24/09/2001
Top
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1447 seconds | Archive