|
Alhamdulillah..
Mama rase sekarang mama lagi tenang dan mama rase diri mama dekat pada Allah S.W.T.
Bulan lepas,mama dikejutkan dengan kabar berita dr Doctor yang mama mengidap Diabetes. Rasa macam x percaya sbb mama muda utk dapat penyakit tu.Selepas itu doctor menyuruh mama membuat ujian darah utk melihat keadaan buah pinggang dan sama ada mama ada Thalesimia.
Lepas kuar keputusan makmal,buah pinggang mama ok. Thalesimia pun x ada cuma mama ada masalah dengan hati mama.Masa tu mama rase macam terkejut sgt2. Mama jadi murung,macam2 mama fikir.Mama menangis dan masa tu mama rase dunia gelap. Tapi Allah tu mama besar, Dia bisikkan kat telinga mama..Berdoala kepada Ku..
Mama pun berdoa pada dia, masa tu baru mama sedar betapa mama lupa pada dia selama ini, sedangkan dia la teman mama susah dan senang.
Mama rasa insaf sgt2, bukan mama tulis kat sini utk mendapat simpati korang tp mama ceritakan kat sini atas pengalaman mama semoga semua dpt iktibar. Kalau dulu mama x berapa suka cerita Mutiara Hati tu sbb asyik doa tp x nak berusaha.Tapi skang ni mama percaya yang doa itu adalah senjata dan makanan rohani org Islam.
Allah itu maha besar,maha penyayang dan maha mengasihani.Kalau dia x beri mama penyakit ni mungkin mama x sedar lg tengtang kasih sayang dia. Mama percaya semua ini adalah hidayah yang Allah nak beri pada mama. Mama bersyukur kerana mama percaya setiap musibah ade hikmah di sebaliknya.
Alhamdulillah..sekarang mama tenang,mama makin rapat ngan family mama,mak mama..Kalau dulu mama terlepas pandang pada kebajikan dia tapi skang mak mama ada keutamaan dlm segala hal. Dialah harta mama yang x ternilai.Adik beradik mama yang beri mama sokongan mama memang hargai sgt2 dan sekarang mmg mereka lah teman sejati mama.
Ya Allah ya Tuhanku..ampunilah dosaku Ya Allah..Dosa ibubapa ku..Dosa ahli keluarga..dosa guru2 ku..dosa Sahabat2 ku dan dosa semua umat Islam di dunia ini..Aku memohon pada mu ya Allah,hanya pada mu ya Allah,ar-rahman..ar-rahim..
|