.:SELAMAT DATANG KE KOMUNITI VEARTH:.


Pages: (4) « First ... 2 3 [4]  ( Go to first unread post ) Add ReplyNew TopicNew Poll

 Arena Sukan, tempatan dan antarabangsa
kamen
Posted: Jun 22 2008, 09:54 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



hoho...tiada lg jurulatih dr israel, the blues dh boleh dtg Msia.. /Yeah
harap pemain dr israel pon kena buang gak la..bru syok /gg

korang yg lain xlyan euro ka?? harap final kali ni turki vs rusia /gg
puas ati aku belanda kalah...buhahaha
Private MsgEmail
Go Top
kamen
Posted: Oct 20 2008, 10:59 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



nicol juara dunia bt kali ke-3...syabas /ok
kalu la smua pemain msia konsisten mcm dia alamat smua pkat dpt "datuk" la peh tu..hahaha /heh
[spoiler]PEMAIN nombor satu dunia, Nicol David akhirnya berjaya menebus kehampaan tahun lalu apabila merampas kembali gelaran skuasy Terbuka Dunia dengan kemenangan ke atas harapan tuan rumah, Vicky Botwright di Manchester semalam.

Nicol, yang turun sebagai pilihan pertama, tercicir satu set pada permulaan kali pertama dalam lima perlawanan sepanjang kejohanan tetapi memenangi tiga permainan seterusnya, 5-11, 11-1, 11-6, 11-9 untuk merangkul gelaran ketiganya.

Kejayaan itu membolehkan pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan misi balas dendamnya selepas menjuarai Terbuka British, Mei lalu - dua gelaran utama skuasy wanita yang terlepas daripada dakapannya tahun lalu.

Ia juga adalah mahkota ketujuh yang dimenanginya tahun ini, melanjutkan rentetan tanpa kalah kepada 43 perlawanan sejak dikecewakan Shelley Kitchen dari New Zealand di pusingan kedua Terbuka Dunia 2007 di Madrid tahun lalu.

Terdahulu dalam separuh akhir kelmarin, Nicol, tidak menghadapi masalah menundukkan pilihan ke-14 dari Ireland, Madeline Perry, 11-6, 11-8, 11-6 di separuh akhir.

Nicol, 24, mengakui dia banyak belajar dalam tempoh setahun selepas kekalahan mengejutnya pada pusingan kedua tahun lalu.

"Dalam setiap kejohanan yang saya main, saya belajar mengenai diri saya dan dengan sistem kiraan mata baru ini, anda perlu kekal fokus. Anda tidak boleh kehilangan tumpuan."

Vicky, pilihan ke-11 pula akan mengucapkan selamat tinggal kepada jelajah profesional wanita Wispa selepas menerima tawaran sebagai ketua jurulatih di gelanggang kejohanan, Pusat Skuasy Nasional, Sportscity.

Pemain berusia 31 tahun itu terlebih dulu menyekat juara dunia, Rachael Grinham pada pusingan kedua dan kelmarin, rakan senegaranya dari England, Jenny Duncalf menyerahkan kemenangan kepadanya apabila tidak meneruskan permainan selepas Vicky menang dua set 11-3, 11-6.[/spoiler]
Private MsgEmail
Go Top
Aegis85
Posted: Oct 21 2008, 06:46 PM
Quote


Troops
Group Icon

Group: Member
Posts: 67
Member No.: 150
Joined: 17-August 08



nicol david ni. tok sah cerita dah. dr dulu lagi dia ni mmg power. ramai org taku main ngan dia.
Private MsgEmail
Go Top
teriterobozu
Posted: Jun 12 2009, 10:54 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06



x suke tul la die nie...sori fan MU..hehe /gg

[spoiler]MANCHESTER, England - Manchester United bersetuju menjual Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal di dunia sebanyak 96 juta euro atau 80 juta pound (RM461.5 juta), kata kelab itu semalam.

''Manchester United menerima tawaran perpindahan rekod dunia, tawaran tanpa syarat 80 juta pound untuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid,'' kata kenyataan kelab itu dalam laman webnya di bawah tajuk 'Reds terima bidaan £80 juta untuk Ronaldo.'

Tambah kenyataan tersebut: ''Atas permintaan Cristiano - yang menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab ini - dan selepas berbincang dengan wakil pemain itu, United telah bersetuju memberi kebenaran kepada Real Madrid berbincang dengan pemain itu.

''Semuanya ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang 30 Jun. Kelab tidak akan memberi ulasan sehingga notis selanjutnya.''

Ronaldo sudah lama menjadi buruan kelab gergasi Sepanyol itu, terutama selepas presiden kelab itu Florentino Perez awal minggu ini berjanji untuk melakukan 'apa saja yang terdaya' untuk membawa pemain berusia 24 tahun itu ke Bernabeu.

Laporan perpindahan Ronaldo menjelma beberapa hari selepas Real membelanjakan 56 juta pound (RM323.5 juta) untuk perpindahan tonggak Brazil, Kaka dari kelab Itali AC Milan, ketika kelab itu mahu menyaingi musuh ketat Barcelona dalam liga domestik, juga Manchester United dan Chelsea dalam kempen Liga Juara-Juara.

Sebelum ini penyokong United telah berulang kali dimaklumkan bahawa tiada perbincangan dipersetujui mengenai penjualan Pemain Terbaik Dunia FIFA itu.

Real Madrid semalam turut mengesahkan mereka telah menawarkan bidaan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo daripada Manchester United.

"Real Madrid mengesahkan telah melakukan tawaran kepada Manchester United untuk mendapatkan hak terhadap pemain, Cristiano Ronaldo. Kelab berharap untuk mencapai satu kata sepakat dengan pemain itu beberapa hari lagi," kata gergasi Sepanyol itu pada laman web mereka.

Dalam pada itu, laporan di England menyebut Ronaldo, yang kini bercuti di Los Angeles, pada awal tahun ini telah bersetuju dengan syarat pra kontrak bersama kelab Sepanyol itu dengan bayaran 8.3 juta pound (RM48 juta) setahun untuk tempoh lima tahun berikutnya.

Ronaldo berminat untuk menyertai Real selama 18 bulan sehingga bos United, Sir Alex Ferguson terpaksa membuat rayuan saat akhir bagi memujuk pemain itu supaya kekal di Old Trafford tahun lalu.

Bekas bintang Sporting Lisbon itu yang menyertai United dengan bayaran 12 juta pound (RM69.3 juta) pada 2003, jelas mahukan cabaran baru selepas memenangi Liga Juara-Juara pada 2008. - AFP[/spoiler]
Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
kamen
Posted: Jul 7 2009, 11:48 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



busan tul tgk mutu sukan negara..
lepas bola, hoki skg ni takraw lak kena penyakit sama /Dry
mcm ni la gaya kita sampai bila² pon kena titik... /an2
tak da peningkatan... /sob

Private MsgEmail
Go Top
kamen
Posted: Aug 14 2009, 04:32 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



Golf, Ragbi 7s ke Olimpik
[spoiler]BERLIN: Golf dan ragbi tujuh sebelah disenarai pendek untuk disenaraikan dalam Sukan Olimpik 2016, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam.

Dua sukan itu dipilih daripada tujuh calon sukan oleh lembaga eksekutif IOC dalam mesyuarat di Berlin dan undian terakhir penyertaan mereka akan dibuat dalam mesyuarat IOC di Copenhagen, Oktober ini.

Lima sukan lain iaitu skuasy, sofbol, besbol, sukan berkasut roda dan karate perlu menunggu empat tahun lagi sebelum mencuba sekali lagi untuk dimasukkan dalam program Sukan Olimpik.

“Pada akhirnya, keputusan dibuat berdasarkan dua sukan yang mampu memberi nilai terbaik,” kata Presiden IOC, Jacques Rogge kepada media.

“Golf dan ragbi mencatat mata tertinggi dalam semua 33 kriteria,” kata Rogge sambil menambah perkara ini masih di peringkat cadangan dan perlu disahkan.

Golf bakal kembali ke Olimpik buat kali pertama sejak 1904. - Reuters[/spoiler]harapan nak tgk pingat emas olimpik negara menerusi skuasy berkecai /dot
Private MsgEmail
Go Top
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:


Topic OptionPages: (4) « First ... 2 3 [4]  Add ReplyNew TopicNew Poll



CT3 Fansubs | mp3japan

Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1326 seconds | Archive