|
.:SELAMAT DATANG KE KOMUNITI VEARTH:.
Panduan kehidupan harian..
| epong |
|

Captain

Group: Moderator
Posts: 828
Member No.: 35
Joined: 11-November 06

|
Tentang hidung kita version kelakar sket..
[spoiler]Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macamadaa)
Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, x der sape sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" [/spoiler]
|
|
|
| kamen |
|

soba nii iru

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06

|
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: [spoiler]1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.[/spoiler]
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " [spoiler]1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi[/spoiler]
mudah- mudahan ingat, walaupun lambat tp kalu dah selalu bt lama˛ jd biasala! /ok
|
|
|
| epong |
|

Captain

Group: Moderator
Posts: 828
Member No.: 35
Joined: 11-November 06

|
DOA AMPUNAN UTK KITA DAN IBU BAPADoa yg penting dalam hidup kita..amalkan la selalu utk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.. syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.. ( Posted Image)
|
|
|
| ultraman |
|

YOSH!!!

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06

|
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
[spoiler]1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.[/spoiler]
ps:"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat"
|
|
|
| teriterobozu |
|

Commander

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06

|
Cara Untuk Melegakan Stres / Tekanan
1. Jaga pemakanan. Macam kempen Kementerian Kesihatan tu…”makan secara sihat, amalkan 5M”…Terlalu banyak gula, garam dan kolestrol dalam pemakanan kita, akan menambahkan lagi tekanan dalam tubuh. Sebaliknya lebihkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dsb.
2. Relaks. Lakukan sesuatu yg boleh membuat kita gembira. Misalnya memasak, berkebun, bersukan, memancing, main games dan lain-lain hobi. Kalau ada duit lebih, pergilah ke spa utk memanjakan diri. Biarkan badan dibelai oleh jari jemari tukang urut yg boleh melegakan segala ketegangan urat dalam tubuh kita. Atau jumpa pakar refleksologi yg boleh melegakan tekanan dalam badan melalui urutan tapak kaki.
3. Buat senaman ringan seperti berjoging, berjalan, senaman harimau, tai chi, yoga dsb. Belajar cara bernafas dengan betul. Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut. Buat beberapa kali, memang terasa kelegaannya.
4. Ketawa! Dalam keadaan tertekan, carilah kawan yg boleh menghiburkan dan membuat kita ketawa, atau tontonlah rancangan komedi yg boleh membuat kita ketawa. Ketawalah ubat paling mujarab utk melegakan tekanan. Ia cara paling mudah dan murah, tak perlu keluar modal. Hahaha…
5. Bercuti. Setiap manusia perlukan masa utk berehat dan menenangkan fikiran. Jangan fikir langsung tentang masalah kerja semasa bercuti, sebaliknya buatlah perkara2 yg menggembirakan seperti bermain dgn anak2, bermesra dgn suami/ isteri atau pergilah melancong.
6. Berfikiran positif. Anggap sesuatu cabaran dan masalah sebagai sesuatu yg boleh memperbaiki hidup kita.
7. Urus masa dgn baik. Jangan tangguh sesuatu kerja dan buat di saat2 akhir kerana apabila menghampiri deadline, kita akan rasa tertekan. Sebaiknya lakukan tugas yg diberi sedikit demi sedikit hingga selesai.
8. Luahkan perasaan pada orang yg boleh dipercayai. Apabila segala masalah diceritakan atau diluahkan kepada orang lain, ia dapat melegakan tekanan walaupun orang itu sekadar mendengar masalah kita. Lagi bagus jumpa pakar kaunseling, dijamin dia sudi mendengar masalah kita dan menawarkan jalan penyelesaiannya.
9. Kalau tiada juga orang yg boleh dipercayai, luahkan saja perasaan kpd sebarang makhluk bernyawa lain. Misalnya dgn haiwan peliharaan atau pokok bunga kita. Bercakap dengan kucing, hamster, ayam, kambing, ikan dsb mahupun dgn pokok bunga orkid, mawar atau pokok pisang sambil membelai-belai mereka, akan dapat melegakan tekanan. Pedulikan apa pun anggapan orang.Tapi kalau anda tiada haiwan peliharaan, biar saya cadangkan cara utk melegakan tekanan; pergi karaoke dan nyanyilah sekuat hati dan sepuas hati walaupun suara anda tak semerdu mana, atau nyanyi kuat2 dalam kereta anda tapi pastikan cermin tingkap ditutup rapat. Dikhuatiri orang yg terdengar pula akan rasa tertekan.
10. Kalau tiada langsung makhluk di dunia ini yg boleh anda percayai, berdoalah dan mengadulah masalah anda kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
11. Ini JALAN TERAKHIR! Jika perlu, pergilah jumpa doktor bertauliah untuk mendapatkan ubat yg boleh membuat anda tenang. Ikut dos yg ditetapkan, jangan overdose pulak. Nanti keluarga anda pula yg stres utk menguruskan jenazah anda.
|
|
|
| teriterobozu |
|

Commander

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06

|
info kuku dan cincin..~~
[spoiler]
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir-khinzir tersebut.... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala...
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. [/spoiler]
|
|
|
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:
Track this topic
Receive email notification when a reply has been made to this topic and you are not active on the board.
Subscribe to this forum
Receive email notification when a new topic is posted in this forum and you are not active on the board.
Download / Print this Topic
Download this topic in different formats or view a printer friendly version.
|
| |