.:SELAMAT DATANG KE KOMUNITI VEARTH:.


Pages: (4) [1] 2 3 ... Last » ( Go to first unread post ) Add ReplyNew TopicNew Poll

 Arena Sukan, tempatan dan antarabangsa
kamen
  Posted: May 12 2007, 08:22 AM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



topik ni khusus utk semua jenis sukan..tp bg yg dah ada tajuk utk sukan tu sendiri, korang post kat sana k.. /no1

Malaysia, Australia temu di final

[spoiler]MALAYSIA mencipta kejutan manis apabila menundukkan India 2-1 untuk melangkah ke final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-16 bertemu naib juara Australia yang menjinakkan Korea Selatan 6-2 dalam pentas separuh akhir di Stadium Azlan Shah, Ipoh, semalam.

Di depan kira-kira lebih 10,000 penyokong sendiri, anak buah Sarjit Singh mempamer aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan dramatik, menerusi jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku dan Kelvinder Singh pada setiap babak.

Tampil bersemangat untuk perlawanan itu, Malaysia membuka jaringan apabila Tengku Ahmad Tajuddin menyambung hantaran silang S Selvaraju dari sebelah kiri untuk meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-11.

Begitupun, kegembiraan penyokong negara reda tiga minit kemudian apabila India bangkit mengikat kedudukan menerusi jaringan Shivendra Singh.

Biarpun bertambah rancak untuk mencari kelebihan, kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang menambah jaringan sehingga rehat.

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan India tampak sering menyerbu garang ke kawasan Malaysia tetapi Megat Azrafiq, Zulkifli Rejab dan Mohd Sharun Nabli kental bertahan.

Selepas lima minit saingan berlangsung, Kelvinder menyambung hantaran Zulkifli Rejab untuk gol kemenangan tuan rumah.

Biarpun diasak hebat, Malaysia terus mempertahankan kedudukan, malah berpeluang membunuh terus sisa kebangkitan India jika tidak disebabkan sedikit kegopohan penyerangnya pada sepanjang baki 15 minit selepas itu.[/spoiler]

~ yes..akhirnya dpt gak msuk final /ok , tp blm juara lg..harap˛ la juara
Private MsgEmail
Go Top
ultraman
Posted: May 14 2007, 09:25 AM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



wpun pasukan hoki negara masuk akhir tp mereka kalah..tp aku bangga semangat depa,wpun dlu depa jauh ketinggalan skg nie mereka bangkit balik..syabas bt pasukan hoki negara..

Tewas secara bermaruah -- Perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah
[spoiler]IPOH – Hasrat barisan pemain muda hoki negara untuk mencipta kejutan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Australia pada perlawanan akhir di sini, semalam.

Ketika kejayaan semakin berpihak kepada skuad negara selepas membenam India 2-1, kelmarin, Australia mempamerkan asakan bertali arus, memaksa anak-anak buah Sarjit Singh terpaksa lebih banyak bertahan pada babak pertama.

Kemenangan semalam juga menambah koleksi kejuaraan Australia sebagai pasukan yang paling banyak muncul juara iaitu sebanyak lima kali sejak kejohanan itu dianjurkan pada tahun 1983.

Australia yang tampak dengan permainan kemas mendahului 3-0 menerusi jaringan Eddie Ockenden (minit 38, 41) sebelum Rusell Ford menyumbatkan gol ketiga pada minit ke-53.

Gol sagu hati Malaysia diperoleh menerusi Jiwa Mohan melalui pukulan sudut pendek minit 70.

Sementara itu, jurulatih skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh tetap berbangga dengan skuad bimbingannya yang telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga ke wisel penamat.

‘‘Kami kalah kepada pasukan kedua terbaik di dunia tetapi para pemain telah dapat menimba banyak pengalaman dalam perlawanan ini,” kata jurulatih itu di sini, semalam.

Jurulatih itu berkata, beliau sebelum ini telah meminta para pemain supaya lebih banyak bertahan pada separuh masa pertama menyebabkan lawan gagal menjaringkan gol.

Katanya, Malaysia telah bermain lebih terbuka pada separuh masa kedua yang mana persembahan menjadi lebih rancak.

Namun begitu, katanya, corak permainan sedemikian telah membuka ruang kepada Australia untuk menjaringkan gol.

‘‘Kita tidak boleh bertahan selamanya dan perlu juga beraksi lebih terbuka kerana inginkan gol,” jelas Sarjit .

Australia yang berada pada tangga kedua dunia menguasai permainan sejak awal perlawanan.

Sementara itu, penjaga gol Malaysia, S. Kumar dipilih Penjaga Gol Terbaik Kejohanan Edisi ke-16 ini.

Ockenden yang menyumbangkan dua gol pada perlawanan akhir dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan rakan sepasukannya, Andrew Smith Pemain Terbaik Kejohanan.

Sementara itu, India berada di tangga ketiga selepas menumpaskan Korea Selatan 1-0.

Pemain China, Song Yi pula muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol manakala Argentina dipilih memenangi Piala Fair Play.[/spoiler]
Private MsgEmail
Go Top
kamen
Posted: May 14 2007, 08:08 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



kira okla dpt no.2 dr klah truk mcm dulu... /ok
insyallah..pasukan hoki kita leh p jauh /no1

masalah yg tgh kecoh skg ni psal MU nak dtg msia, depa nak dtg pon time piala asia..mmg la AFC xkc /heh
yg lwaknya, bila Paklah skong MU dtg msia..smua menteri tunjuk power sound AFC ngan Fifa..mentang˛ la Paklah ada semua berani, masa mula˛ dulu sorang pon xkuar suara /heh
sadis tul menteri kita ~~~
Private MsgEmail
Go Top
ultraman
Posted: May 16 2007, 09:04 AM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



nie berita terbaru pasal MU dtg MALAYSIA...
MU di KL bakal cetus demam bola
[spoiler]PETALING JAYA - Kerajaan bertegas membenarkan kedatangan Manchester United ke Malaysia pada 27 Julai ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan semata-mata mahu mencipta satu demam bola sepak baru selain menarik kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, Malaysia perlu memanfaatkan peluang ini memandangkan juara Liga Perdana England (EPL) itu memiliki ramai peminatnya di seluruh dunia sekali gus mampu memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50.

‘‘Manchester United di Malaysia menjanjikan satu suasana sambutan merdeka yang meriah selain membawa keseronokan untuk peminat bola sepak tanah air sejajar dengan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan mutu dan prestasi sukan ini,” katanya pada pelancaran Kejohanan Futsal Antara Kilang Wypall Kedua di Sports Planet, Subang Jaya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan United tetap datang ke Malaysia selain sokongan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kelmarin biarpun mendapat tentangan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) dan kemungkinan digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

AFC membantah kedatangan Red Devils kerana bimbang sambutan peminat bola sepak Asia terpesong daripada pusingan akhir Piala Asia di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand dari 7 hingga 29 Julai ini manakala FIFA melihatnya sebagai campur tangan kerajaan yang menyalahi peraturannya sehingga mampu menggantung Malaysia.

Mengenai sama ada kementerian dan FAM tersepit di tengah-tengah ketegasan kerajaan dan tuntutan dua badan induk bola sepak itu, kata Tiong Lai, kesemua pihak di Malaysia perlu bersatu ketika ini sambil cuba menangani isu ini dengan secara bijaksana dan tolak ansur.

Kementerian Belia dan Sukan juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dalam menganjurkan Piala Juara-Juara Belia (CYC) di Malaysia yang melibatkan kelab bawah 19 tahun ternama Eropah seperti Bayern Munich, Real Madrid, Chelsea, United dan PSV Eindhoven pada Ogos ini.

Sementara itu, katanya, kementerian sentiasa menggalakkan perkembangan futsal sebagai salah satu sukan yang dapat terus menjalin silaturahim masyarakat berbilang kaum di negara ini selain mampu melahirkan rakyat yang lebih sihat dan lebih produktif.

Kejohanan Futsal Antara Kilang Wypall kali ini dikatakan menarik penyertaan lebih 100 pasukan dengan tiga negeri dipilih menganjurkannya iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Johor pada 2 Jun, 16 Jun dan 28 Julai ini, malah tiada yuran penyertaan yang dikenakan.

Juaranya akan membawa pulang RM1,500 dan sebuah trofi pusingan khas. Tahun ini ia hanya terbuka kepada kaum wanita manakala kejohanan pertama melibatkan kategori lelaki yang dimenangi oleh Bursa Saham Malaysia.[/spoiler]

ps:ditelan mati mak,dibuang mati anak...panadai2lah handle.. /hmm
Private MsgEmail
Go Top
Shin
Posted: May 18 2007, 09:15 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 165
Member No.: 51
Joined: 15-December 06



++ FAM dalam dilema...
++ skrang ni tggu je kptsan dr AFC samada FAM akan dikenakan tindakan atau pon x.....
++ tp apa yg aku tau, FAM dah langgar pratran yg dah ditetapkan..tp dek ikutkan nasihat PM kita tu, FAM truskan jugak prlawanan MAN U dgn PILIHAN MALAYSIA tu nt...
++ whatever lah, tp MAN U dh jd champion EPL 06/07 hahaha
++ kpd fan chelsea n arsenal or mana˛ pskan yg lain, cuba lg next season...
++ Kejor Yop Score.............
Private MsgEmail
Go Top
Shin
Posted: May 18 2007, 09:45 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 165
Member No.: 51
Joined: 15-December 06



++ jgn lupa esok, sokong MAN U..
++ final piala FA, MAN U vs Chelsea ..
++ hehe
Private MsgEmail
Go Top
kamen
Posted: May 20 2007, 02:23 AM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



yahooo...Chelsea mng Piala FA /Yeah
mmg best la, permainan pon seimbang..sama˛ kuat lak /no1
puas ati aku... /gg

~ kpd peminat MU, leh cuba dimusim depan /heh
Private MsgEmail
Go Top
ultraman
Posted: May 20 2007, 03:22 PM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



tahniah kepada penyokong2 kuat Chelsea..kepada penyokong2 kuat MU jgn kecewa..tahun depan ada lagi...

ps: majulah sukan utk negara /luv
Private MsgEmail
Go Top
ultraman
Posted: May 22 2007, 10:01 AM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



nie ada berita gembira dr pesilat2 kita...bawak pulang 8 emas tue..perh!!!!

Pesilat bawa pulang lapan emas
[spoiler]TEMERLOH – Pesilat negara berjaya meraih lapan pingat emas, lima perak dan enam gangsa dalam Kejohanan Silat Terbuka Belgium 2007 yang berlangsung di Brasschaat, Brussel, Belgium baru-baru ini.

Pengurus Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Osman Nok berkata, lapan emas dimenangi menerusi kategori Silat Olahraga Kelas D Putera, Kelas H Putera dan Kelas Bebas Putera.

Menurut beliau, selain kategori dewasa, atlet silat remaja turut meraih lima pingat emas bagi Kelas E, Kelas G, Kelas J, Kelas L dan Kelas D Puteri.

“Pesilat yang berjaya mengharum nama negara di kejohanan itu terdiri daripada Ahmad Shahril Zailuddin, Faizal Abdulah, Mohd Azrin Abdul Malek, Mohd Haslan Ahmad, Mohd Ilfan Ismail, Mohd Fikri Razak, Che Mohd Erwandi Che Mohamad dan Roizaida Zainluddin,'' kata kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, sembilan daripada pesilat itu adalah daripada Persatuan Silat Negeri Pahang (PESAKA Pahang) yang pernah menjuarai Kejuaraan Silat Peringkat Kebangsaan Malaysia 2007 dan juga di Kejohanan Silat Terbuka Dunia di Singapura baru baru ini.

Osman yang juga Penyelaras Sukan Silat PESAKA berkata pesilat kini sedang giat menjalani latihan pesat bagi menghadapi Kejuaraan Silat Sedunia yang akan diadakan pada Bulan Oktober 2007 di Kuantan. Pahang serta Sukan SEA 2007 di Korat Thailand.

Sementara itu kata beliau, PESAKA Pahang memerlukan peruntukan RM 200,000.00 unhtuk membina bangunan sebagai pusat latihan dan pentadbiran kawasan tanah seluas satu hektar dekat Kampung Tanjung Lalang Temerloh.

Osman berkata, sekarang ini PESAKA Pahang menyewa sebuah bangunan di Batu 3, Jalan Jerantut sebagai pusat latihan bagi melatih seramai 60 atlet silat.

Katanya, 30 orang daripada ahli-ahli tersebut menetap di asrama berkenaan bagi menjalani latihan harian dan selebih nya berulang dari rumah masing-masing kerana bilik yang terhad.

Beliau berharap apabila siapnya bangunan baru itu nanti ia membolehkan lebih ramai atlet silat disamping dapat menjimatkan peruntukan bulanan persatuan bagi membayar sewa bangunan setiap bulan.

Katanya, bangunan baru itu akan dijadikan pusat latihan dan aktiviti untuk kemudahan atlet silat dari Daerah Temerloh, Bera. Jerantut, Maran, Raub, Bentong dan Lipis.[/spoiler]

ps:dah lama aku xbersilat.. /sob
Private MsgEmail
Go Top
Shin
Posted: Jun 8 2007, 08:07 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 165
Member No.: 51
Joined: 15-December 06



++ apa dah jd dgn nasib bekas pemain kebangsaan & penjaga gol Kelantan, Halim....
++ selepas diperlakukan mcm bola oleh FAM, skrang ni beliau menternak lembu & wat keja˛ kampong..
++ siapa yang harus dipersalahkan?????
++ Halim??? FAM??? Persatuan Bola Sepak Kelantan???
Private MsgEmail
Go Top
kamen
Posted: Jun 8 2007, 09:15 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



sian aku tgk..nsibla ada lembu, tdk ntah pa nak sara keluarga /dot

hrap dpt la selesai cara aman..
Private MsgEmail
Go Top
ultraman
Posted: Jul 4 2007, 09:40 AM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



aku mmg bangga ngan kejayaan yg dibuat oleh minah pulau mutiara nie Nicol David.Dia nielah satu2nya pemain Malaysia yg xbnyk kontroversi,masalah malah xbnyk pun media ckp2 psl dia..tp sekali dia berjaya,mmg membanggakan Malaysia..aku pernah jumpa dia sekali kat Png dlu,mmg tinggi orgnya..cuma aku melepas nak shake hand ngan dia,melepas aku /sob

Nicol masih bertahan untuk bergelar pemain skuasy nombor satu dunia
[spoiler]KUALA LUMPUR - Kedudukan ratu skuasy Malaysia, Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia belum mampu dipintas apabila dia mengekalkan kedudukan teratas ranking terbaru Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA), semalam.

Nicol, 23, merampas kedudukan nombor satu dunia buat kali pertama pada Januari, tahun lalu, namun tempatnya kembali dipintas oleh Vanessa Atkinson dari Belanda pada Julai, 2006.

Begitu pun, Nicol merampas semula ranking teratas dunia pada Ogos, 2006 dan sejak itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan mengekalkan tempatnya sehingga Julai, 2007.

Antara kejayaan yang telah mengukuhkan kedudukan pemain kelahiran Pulau Pinang itu adalah memenangi tujuh gelaran Jelajah Dunia, termasuk mempertahankan kejuaraan dunia dan Terbuka Britain.

Tiada perubahan berlaku dalam 20 kedudukan teratas ranking dunia bagi bulan Julai semalam dengan pemain Australia, Natalie Grinham kekal mengekori di tangga kedua, manakala kakaknya, Rachel Grinham di tangga ketiga.

Pemain England, Tania Bailey pula mengekori di rangking keempat dunia, diikuti Natalie Grainger dari Amerika Syarikat, kelima.

Sementara itu Amir Shabana dari Mesir mengekalkan kedudukan nombor satu dunia lelaki untuk bulan ke-16 berturut-turut sejak merampas kedudukan tersebut pada April, 2006.

Amr, yang memenangi lima kejuaraan Siri Super Dunia meninggalkan rakan senegaranya, Ramy Ashour di tangga kedua, sementara David Palmer dari Australia ketiga.[/spoiler]
Private MsgEmail
Go Top
teriterobozu
Posted: Jul 6 2007, 12:37 AM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06



Siapakah yang lebih layak?

[spoiler]
Nicol bakal berdepan saingan sengit SAM-100 Plus

RAMALAN betapa ratu skuasy negara, Nicol David bakal mudah mempertahankan keunggulan meraih Anugerah SAM-100 Plus kini berdepan ancaman sengit menjelang majlis penganugerahan itu, malam nanti.

Nicol, memenangi anugerah itu pada 2005, sebelumnya turut dilihat calon pasti hasil kemampuan menguasai kedudukan nombor satu ranking dunia selain enam gelaran yang dimenanginya sepanjang tahun lalu.

Namun perkembangan terkini memuncakkan nama beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sebagai turut punya peluang cerah untuk diumumkan pemenang anugerah anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) itu.

“Daripada gambaran yang tertera ketika ini, sukar untuk meramal siapa bakal dipilih memenangi anugerah kali ini. Ada beberapa calon yang punya peluang seimbang untuk memenanginya,” kata pengerusi jawatankuasa pemilihan, Khalid Saad.

Nicol melakar gemilang pada 2006 hasil kejayaan mempertahankan gelaran Terbuka Dunia di Belfast, Ireland selain mengungguli Cabaran Terbuka Qatar Airways, Terbuka Malaysia, Terbuka Pulau Pinang, Terbuka British dan Terbuka Hong Kong.

Dalam rentetan itu, Nicol berjaya mengambil alih kedudukan nombor satu dunia yang berjaya dipertahankannya untuk kini berusia genap setahun, bulan ini.

Namun andainya Kien Keat-Boon Heong berjaya memintas Nicol, ia akan melengkapkan cerita kemunculan hebat pasangan badminton negara yang hanya digandingkan oleh jurulatih, Rexy Mainaky, Oktober lalu.

Dalam tempoh sesingkat itu, Kien Keat-Boon Heong berjaya melayakkan diri ke final Terbuka Jepun dalam kemunculan pertama sebelum menamatkan penantian 36 tahun negara untuk meraih emas acara badminton di temasya Sukan Asia.

Turut dianggap berpeluang meraih anugerah malam nanti ialah pemenang dua pingat emas bowling Sukan Asia, Esther Cheah ketika pencapaian Sazali Samad muncul juara Kejohanan Bina Badan Dunia juga menjelmakan harapan buatnya.

Dua lagi calon yang turut dalam saingan untuk anugerah itu ialah atlit boling padang negara, Siti Zalina Ahmad - yang memenangi emas Sukan Komanwel Melbourne - serta Chai Fong Yin yang memenangi pingat emas wushu pada Sukan Asia di Doha lalu.

Majlis penganugerahan itu juga menyaksikan pemenang bakal menerima imbuhan RM10,000 - tambahan sekali ganda berbanding jumlah RM5,000 sebelumnya.
Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
teriterobozu
Posted: Jul 7 2007, 12:33 AM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06



Akhirnya milik beregu emas badminon Malaysia

[spoiler]
Anugerah SAM suntik semangat beregu emas
Oleh Hasnira Hassan

BEREGU emas badminton negara - Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong - yang mengakhiri kemarau 36 tahun penantian pingat emas Malaysia dalam acara beregu lelaki di Sukan Asia 2006, dipilih sebagai pemenang Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 Plus, malam tadi.

Pasangan muda itu berjaya mengetepikan cabaran sengit daripada pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol Ann David yang turut menjadi calon pilihan hangat bagi anugerah prestij itu kali ini.

Pengiktirafan itu adalah berpandu kepada pencapaian terbaik pasangan yang baru digandingkan sebelum beraksi pada temasya di Doha, Qatar tahun lalu yang memberi harapan baru Malaysia mengintai peluang memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Kelibat Kien Keat-Boon Heong turut terserlah selepas menjuarai kejohanan Seluruh England dan Terbuka Switzerland, Mac lalu.

“Saya tidak sangka dapat memenangi anugerah ini kerana berasa keputusan pencapaian tahun lalu tidak setanding dengan calon lain. Anugerah ini memberi kepercayaan kepada kami. Kami berdua amat memerlukan sokongan jurulatih dan semua pihak bagi membantu mengembalikan semangat untuk meraih kemenangan,” kata Kien Keat.

Rakannya, Boon Heong pula berkata: “Anugerah SAM ini secara tidak langsung dapat menambah keyakinan kepada kami untuk terus berusaha meraih kejayaan. Ini secara tidak langsung dapat memulihkan semangat yang agak terjejas sebelum ini.”

Selain dicabar Nicol, pasangan ini turut mendapat tentangan daripada jaguh bina badan, Sazali Abdul Samad, Siti Zalina Ahmad (lawn bowl), Chai Fong Ying (wushu) dan Esther Cheah (bowling).

Kejayaan merangkul Anugerah SAM-100 Plus 2006 itu membolehkan gandingan terbabit membawa pulang wang tunai RM10,000 - jumlah baru untuk pemenang kali ini berbanding RM5,000 pada anugerah terdahulu.

Anugerah berprestij SAM sebagai penghargaan kepada sumbangan dan jasa atlit sepanjang tahun lalu itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman.

Hadir sama adalah Pengarah Urusan F&N Coca-Cola Sdn Bhd, James Teo dan Presiden SAM, Abu Bakar Atan.

Azalina dalam ucapannya menghargai usaha SAM terus mengadakan anugerah terbabit yang bukan saja bertujuan menilai, memberikan insentif tetapi juga mengiktiraf kejayaan atlit berkenaan.

“Saya percaya anugerah seperti ini dapat membakar semangat atlit untuk terus berjuang kerana kejayaan mereka sentiasa dinilai dan dihargai. Mereka menjadi wadah perjuangan bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, James berkata, pihaknya cenderung menghargai atlit terbaik tempatan yang mempamerkan prestasi terbaik mengharumkan nama negara antaranya termasuk kerjasama dengan SAM.

Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
ultraman
Posted: Jul 16 2007, 09:35 AM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



dah lama xdgr cerita pasal sukan angkat beratkan..
Amirul cemerlang, Hidayat kecewa
[spoiler]KUANTAN - Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Mohamad Hidayat Hamidon yang juga pemegang rekod kebangsaan bagi kategori 69 kilogram (kg) gagal meraih sebarang gelaran dalam kategori tersebut di Kejohanan Angkat Berat Terbuka Pahang di Kuantan Parade, semalam.

Hidayat yang mewakili negara pada Sukan Asia Doha tahun lalu dikecewakan oleh atlet pelapis kebangsaan, Mohamad Faerol Talib dari Pahang.

Faerol menjuarai kategori 69kg apabila membuat angkatan 289kg, tempat kedua milik atlet dari Terengganu, Mohamad Hafifi (277kg) dan ketiga dimenangi oleh Ahmad Fauzi dari Selangor (240kg).

Bagi kategori 62kg pula, Amirul Hamizan Ibrahim (gambar) membuat penampilan memberangsangkan selepas bebas daripada penggantungan dua tahun oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Februari lalu apabila dia memenangi acara tersebut.

Amirul Hamizan, yang memecahkan rekod acara snatch, clean & jerk serta keseluruhan dalam laluannya menyapu bersih kesemua tiga pingat emas acara 56kg pada Sukan Komanwel di Manchester, England pada 2006 memenangi kategori tersebut dengan angkatan 267kg.

Atlet dari Pahang itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 262.5 kg yang dilakukan pada 1996.

Tempat kedua dimenangi atlet Sabah, Eric Koh (240kg) dan ketiga menjadi milik Mohamad Khairul Faizal dari Pahang (210kg).

Atlet tuan rumah, Zulkifli Che Ros pula menjuarai kategori 77kg dengan angkatan 293kg diikuti pemenang tempat kedua milik Abdul Mubin dari Terengganu (248kg) dan Mohd. Suhairi dari Pahang di tempat ketiga (247kg).

Bagi kategori 105kg ke atas pula dimenangi oleh Abdul Azmin Najimi dari Pahang (330kg) diikuti oleh alet dari ATM, Shafik Mohamad (290kg) di tempat kedua dan di tempat ketiga milik Aznil Kamaluddin dari Perak (245kg).[/spoiler]

fuyoo..dasyatnyer mereka2 nie..
Malaysia juara boling Sekolah-Sekolah Asia
[spoiler]KUALA LUMPUR – Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Boling Sekolah-Sekolah Asia dengan cemerlang apabila Wan Nur Atiqqa Yusof dan Zatil Iman Abdul Ghani memberikan kejuaraan 1-2 dalam saingan Masters Perempuan di Hong Kong, semalam.

Bagaimanapun, pasukan negara menutup edisi ke-10 kejohanan selaku naib juara keseluruhan di belakang Korea Selatan selepas pemain lelakinya gagal meraih sebarang pingat pada hari terakhir.

Selepas mengungguli pusingan kelayakan Masters menerusi 3,497 jatuhan pin, Wan Nur Atiqqa melengkapkan kecemerlangan dengan menewaskan Zatil menerusi 459 pin (206+253) berbalas 401 (200+201) di step-ladder akhir.

Zatil pula sebelum itu menyingkirkan pemain Korea Selatan, Kim Mun-Jeong dengan 181 pin berbalas 170 di saingan separuh akhir.

“Saya tidak bimbang apabila berdepan Zatil di step-ladder kerana saya tahu walau siapa pun menang, Malaysia akan membawa pulang pingat emas.

“Dalam acara individu, saya gagal bermain dengan baik, tetapi permainan saya bertambah baik selepas beraksi dalam acara beregu. Apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat Masters, saya tahu saya ada peluang menang,’’ kata Wan Nur Atiqqah, 17, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pingat emas Wan Nur Atiqqah semalam merupakan yang kedua diraih Malaysia pada kejohanan ini selepas terdahulu Zaid Izlan Ibrahim Hakimi merangkul kejuaraan individu lelaki pada hari pertama.

Begitupun semalam, Zaid hanya mampu menamatkan saingan di tangga kelima dengan 3,427, sekali gus terlepas tiga kedudukan terbaik untuk layak ke peringkat step-ladder.

Korea menguasai kedudukan 1-2 selepas Choi Tae-seung mengalahkan rakan senegara, Shin Seung- Hyeon dengan 424 jatuhan pin berbalas 384, manakala gangsa milik Loh Xian Yan dari Singapura.

Malaysia turut meraih tiga perak pada kejohanan ini iaitu satu daripada Zatil, satu individu lelaki dan individu wanita.

Pemain perempuan negara turut menyumbangkan sebutir pingat gangsa dalam acara berpasukan.[/spoiler]

ps:makin meningkat pretasi sukan2 nie skg.. /no1
Private MsgEmail
Go Top
0 User(s) are reading this topic (0 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:


Topic OptionPages: (4) [1] 2 3 ... Last » Add ReplyNew TopicNew Poll



CT3 Fansubs | mp3japan

Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.2947 seconds | Archive