.:SELAMAT DATANG KE KOMUNITI VEARTH:.


  Add ReplyNew TopicNew Poll

 Panduan kehidupan harian..
epong
  Posted: Apr 3 2007, 08:27 PM
Quote


Captain
Group Icon

Group: Moderator
Posts: 828
Member No.: 35
Joined: 11-November 06



bubuhlah segala ape panduan yg korang tau untuk dikongsi bersama..tentang doa2 harian ke, tingkahlaku perbuatan, ape yg harus ape yg digalakkan ape yg haram ape yg makruh..n mcm2 lagi utk guide kehidupan kita jadi lebih sempurna /no1
Private MsgEmailWebsite AIMYahoo MessengerMSN
Go Top
epong
Posted: Apr 3 2007, 08:31 PM
Quote


Captain
Group Icon

Group: Moderator
Posts: 828
Member No.: 35
Joined: 11-November 06



Tentang hidung kita
version kelakar sket..

[spoiler]Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya,
kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air,
dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun
tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak
dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang
amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan
adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka
sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk
bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur
adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain
dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam
lubang hidung kita, macam-macam dia bikin.
(macam-macamadaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang
objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau
bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan
menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le
banyak sangat,

nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu,
kan susah, x der sape sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung
kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku" [/spoiler]
Private MsgEmailWebsite AIMYahoo MessengerMSN
Go Top
kamen
Posted: Apr 4 2007, 07:27 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
[spoiler]1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
[/spoiler]

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
[spoiler]1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak
patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi
[/spoiler]

mudah- mudahan ingat, walaupun lambat tp kalu dah selalu bt lama˛ jd biasala! /ok
Private MsgEmail
Go Top
kamen
Posted: Apr 17 2007, 07:56 PM
Quote


soba nii iru
Group Icon

Group: Admin
Posts: 2,128
Member No.: 2
Joined: 5-July 06



AYAT˛ AL QURAN UNTUK DIAMALKAN

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air, semburkan keliling rumah

Private MsgEmail
Go Top
epong
Posted: May 25 2007, 01:01 AM
Quote


Captain
Group Icon

Group: Moderator
Posts: 828
Member No.: 35
Joined: 11-November 06



DOA AMPUNAN UTK KITA DAN IBU BAPA

Doa yg penting dalam hidup kita..amalkan la selalu utk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat..
syurga terletak di bawah telapak kaki ibu..

(Posted Image)


Private MsgEmailWebsite AIMYahoo MessengerMSN
Go Top
teriterobozu
Posted: Jul 13 2007, 03:45 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06



Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran

darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya....... /ok
Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
ultraman
Posted: Jul 18 2007, 09:08 AM
Quote


YOSH!!!
Group Icon

Group: Staff
Posts: 833
Member No.: 7
Joined: 1-November 06



Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

[spoiler]1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.[/spoiler]

ps:"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat"

Private MsgEmail
Go Top
mamamia
Posted: Mar 17 2008, 11:57 AM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 227
Member No.: 77
Joined: 19-March 07



Saya akan m,embawa anda ke alam kesufian seketika.....!!!!

Memohon agar Allah menunaikan permintaan
Khasiat Doa
- ANGKAT KEDUA BELAH TANGAN
- Rapatkan kedua belah tangan dimana jari kelingking kita duduk sama rata antara kelingking kiri dan kelingkin kanan.
1. baca bismillahirrahman nirrahim dan Al Fatihah sekali
2. Mengucap dua kalimah syahadat 3 kali
3. Baca Qulhuallah hu ahad 3 kali
4. Pejamkan mata dengan penuh kekhusukan
4. Mohon doa diperkenankan supaya hujung jari kelingking kiri lebih panjang dari kelingking kanan. Kerana kiri adalah keduniaan.
"Ya Allah perkenanakanlah permintaan ku supaya jari kelingking kiri lebilh panjang dari kelingking kanan."
5. Amin Ya rabbul 'a lamin
6. Buka mata dan lihat perbedzaan.

Bagaimana? Setiap doa boleh mengubati belbagai penyakit dengan izinNYa.

Allah Maha Kuasa....
Jadi jangan gunakan doa sembarangan!!!! kata orang kalau mulut kita masing apa yang kita lafazkan akan menjadi.......Doa biarlah bertempat dan dengan niat yang baik takut nanti akan merosakkan orang lain
Selamat mencuba. Islam adalah kebenaran!!!

Peringatan
Semoga dijauhkan dari bala dan bahaya
Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
teriterobozu
Posted: Apr 8 2008, 11:35 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06



Cara Untuk Melegakan Stres / Tekanan

1. Jaga pemakanan. Macam kempen Kementerian Kesihatan tu…”makan secara sihat, amalkan 5M”…Terlalu banyak gula, garam dan kolestrol dalam pemakanan kita, akan menambahkan lagi tekanan dalam tubuh. Sebaliknya lebihkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dsb.

2. Relaks. Lakukan sesuatu yg boleh membuat kita gembira. Misalnya memasak, berkebun, bersukan, memancing, main games dan lain-lain hobi. Kalau ada duit lebih, pergilah ke spa utk memanjakan diri. Biarkan badan dibelai oleh jari jemari tukang urut yg boleh melegakan segala ketegangan urat dalam tubuh kita. Atau jumpa pakar refleksologi yg boleh melegakan tekanan dalam badan melalui urutan tapak kaki.

3. Buat senaman ringan seperti berjoging, berjalan, senaman harimau, tai chi, yoga dsb. Belajar cara bernafas dengan betul. Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut. Buat beberapa kali, memang terasa kelegaannya.

4. Ketawa! Dalam keadaan tertekan, carilah kawan yg boleh menghiburkan dan membuat kita ketawa, atau tontonlah rancangan komedi yg boleh membuat kita ketawa. Ketawalah ubat paling mujarab utk melegakan tekanan. Ia cara paling mudah dan murah, tak perlu keluar modal. Hahaha…

5. Bercuti. Setiap manusia perlukan masa utk berehat dan menenangkan fikiran. Jangan fikir langsung tentang masalah kerja semasa bercuti, sebaliknya buatlah perkara2 yg menggembirakan seperti bermain dgn anak2, bermesra dgn suami/ isteri atau pergilah melancong.

6. Berfikiran positif. Anggap sesuatu cabaran dan masalah sebagai sesuatu yg boleh memperbaiki hidup kita.

7. Urus masa dgn baik. Jangan tangguh sesuatu kerja dan buat di saat2 akhir kerana apabila menghampiri deadline, kita akan rasa tertekan. Sebaiknya lakukan tugas yg diberi sedikit demi sedikit hingga selesai.

8. Luahkan perasaan pada orang yg boleh dipercayai. Apabila segala masalah diceritakan atau diluahkan kepada orang lain, ia dapat melegakan tekanan walaupun orang itu sekadar mendengar masalah kita. Lagi bagus jumpa pakar kaunseling, dijamin dia sudi mendengar masalah kita dan menawarkan jalan penyelesaiannya.

9. Kalau tiada juga orang yg boleh dipercayai, luahkan saja perasaan kpd sebarang makhluk bernyawa lain. Misalnya dgn haiwan peliharaan atau pokok bunga kita. Bercakap dengan kucing, hamster, ayam, kambing, ikan dsb mahupun dgn pokok bunga orkid, mawar atau pokok pisang sambil membelai-belai mereka, akan dapat melegakan tekanan. Pedulikan apa pun anggapan orang.Tapi kalau anda tiada haiwan peliharaan, biar saya cadangkan cara utk melegakan tekanan; pergi karaoke dan nyanyilah sekuat hati dan sepuas hati walaupun suara anda tak semerdu mana, atau nyanyi kuat2 dalam kereta anda tapi pastikan cermin tingkap ditutup rapat. Dikhuatiri orang yg terdengar pula akan rasa tertekan.

10. Kalau tiada langsung makhluk di dunia ini yg boleh anda percayai, berdoalah dan mengadulah masalah anda kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

11. Ini JALAN TERAKHIR! Jika perlu, pergilah jumpa doktor bertauliah untuk mendapatkan ubat yg boleh membuat anda tenang. Ikut dos yg ditetapkan, jangan overdose pulak. Nanti keluarga anda pula yg stres utk menguruskan jenazah anda.

Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
teriterobozu
Posted: Jul 11 2009, 06:51 PM
Quote


Commander
Group Icon

Group: Members
Posts: 237
Member No.: 38
Joined: 19-November 06



info kuku dan cincin..~~

[spoiler]

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir-khinzir tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala...

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. [/spoiler]
Private MsgEmailYahoo Messenger
Go Top
0 User(s) are reading this topic (0 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:


Topic Option Add ReplyNew TopicNew Poll



CT3 Fansubs | mp3japan

Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.2979 seconds | Archive